awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan halau harimau belang di Kampung Kenering ke hutan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/01/2024
03:20 MYT
Perhilitan halau harimau belang di Kampung Kenering ke hutan
Penduduk Kampung Kenering dan Kampung Kubang melahirkan kebimbangan ekoran kehadiran harimau di kawasan tersebut yang dikatakan dikesan sejak sebulan lalu. - Foto tular media sosial
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan kehadiran seekor harimau belang di Kampung Kenering, Lenggong, seperti yang tular di media sosial.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah membuat siasatan di lokasi berkenaan malam tadi.
Sehubungan itu, katanya, tindakan telah diambil untuk menghalau harimau berkenaan supaya masuk semula ke habitatnya di Hutan Simpan Papulut.
“Kita buat tindakan halau dengan melepaskan tembakan ke udara dan membakar mercun.
“Kita harap ia masuk semula ke habitatnya di Hutan Simpan Papulut yang berhampiran dengan lokasi aduan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial seorang pemuda dari Kampung Kenering terserempak dengan seekor harimau ketika dalam perjalanan hendak ke kedai makan.
Ekoran daripada itu, penduduk Kampung Kenering dan Kampung Kubang melahirkan kebimbangan ekoran kehadiran harimau di kawasan tersebut yang dikatakan dikesan sejak sebulan lalu.
Menurut hantaran seorang penduduk di laman Facebook, kelibat harimau dikesan petang semalam berhampiran rumah salah seorang warga Kampung Kubang apabila seekor anjing didapati mempunyai bekas cakaran binatang buas tersebut.
Bahkan, dia turut mendakwa penduduk Kampung Kuala Kenering terserempak dengan harimau malam ini dan masalah itu telah berlanjutan di kedua-dua kampung berkenaan sejak Disember lalu.
Yusoff berkata, pihaknya akan memasang perangkap untuk menangkap harimau tersebut hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan pihaknya akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#harimau
#Hutan Simpan Papulut
#Perhilitan Perak
#Kampung Kenering Lenggong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan