JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor merampas sebanyak 1,070 ekor burung murai yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran dalam operasi di sebuah rumah di Taman Wawasan, Kelapa Sawit, Kulai di sini, Jumaat lepas.
Pengarahnya, Salman Saaban berkata operasi dijalankan melibatkan seramai tujuh pegawai dan anggota pada 7.30 malam.
"Hasil pemeriksaan di premis dan kenderaan yang berada di situ menemukan 70 ekor burung murai batu dan 1,000 ekor burung murai kampung yang dianggarkan bernilai RM66,000.
"Selain itu, beberapa barangan termasuklah kenderaan jenis Toyota Estima yang digunakan, satu unit telefon bimbit dan 74 bakul plastik dirampas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Salman berkata berikutan penemuan itu, seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun telah diperiksa dan diambil keterangan untuk siasatan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
"Berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk menyimpan hidupan liar tersebut. Dia juga disyaki cuba menyeludup hidupan liar tersebut ke negara jiran.
"Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan barangan kes telah dibawa ke pejabat Perhilitan Bandar Penawar untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 25 2021
Operasi dijalankan melibatkan seramai tujuh pegawai dan anggota pada 7.30 malam. - Foto BERNAMA
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
24 polis cedera, 39 penunjuk perasaan ditahan di Melbourne
Sekurang-kurangnya, 24 anggota polis cedera manakala 39 penunjuk perasaan anti-perang ditahan berhampiran Pameran Pertahanan Land Forces Melbourne pada Rabu.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Trump sengaja naikkan kemarahan Harris - Penganalisis bahasa
Norma berkata fakta bahawa Trump memanggil Biden sebagai bos Harris, menunjukkan bahawa Trump sebenarnya sedang meremehkan kedudukan Harris.
Presiden AS: Sokongan Taylor Swift akan beri impak besar
Swift membuat pengesahan itu dalam catatan di Instagram dan akan mengundi Naib Presiden Amerika Syarikat itu dalam pilihan raya pada 5 November depan.
Malaysia tidak perlu bimbang persaingan China-AS
Ini terbukti berdasarkan sejarah perdamaian yang cuba diperjuangkan sebelum ini tidak dapat dicapai kerana AS sudah hilang kredibiliti.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta
JKDM Kelantan merampas 24,500 liter minuman keras yang dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen pengimportan yang sah bernilai RM1.2 juta.
Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi
JKDM Perlis merampas sembilan motosikal berkuasa tinggi dianggar bernilai RM1.13 juta termasuk cukai di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, 16 Jan lepas.
KPDN Selangor rampas 6,800 paket minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merampas 6,800 paket minyak masak bersubsidi bersaiz satu kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah premis di Klang.
KDN rampas 3,254 jam dinding digital bernilai lebih RM1 juta
Jam itu dirampas dalam serbuan yang dilakukan di empat premis di sekitar Lembah Klang bulan lepas.
60,429 diesel subsidi bernilai lebih RM1.7 juta dirampas, empat ditahan
KPDN Perak mematahkan cubaan menyeleweng 60,429 liter diesel bernilai lebih RM1.7 juta dalam serbuan di Kampung Baru Lumut, semalam.
MAQIS Melaka rampas 30 kg pelbagai hasil pertanian tanpa permit
Rampasan itu dilakukan di Jeti Penumpang Port Dickson, Negeri Sembilan pada 12 tengah hari Selasa lepas.
KPDN Temerloh rampas produk kosmetik tiruan bernilai lebih RM2,600
Rampasan tersebut dilakukan dalam satu serbuan ke atas sebuah premis yang dijadikan stor penyimpanan produk kosmetik.
Pesawat bawa wang tunai AS$5.6 juta, 127.2kg emas dirampas
10 orang, termasuk enam warga Mesir, seorang Belanda, seorang Sepanyol, seorang Latvia seorang warga Zambia ditahan.
KDN rampas peranti, al-Quran elektronik di Terengganu
KDN turut menahan seorang lelaki berusia 30-an yang merupakan pemilik sebuah premis perniagaan bagi membantu siasatan.
MAQIS rampas 18 tan beras tanpa dokumen import dari Singapura
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas kira-kira 18 tan beras dari Singapura kerana tidak mempunyai sebarang dokumen untuk mengimport dagangan tersebut.