awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan Perak sahkan kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh

Bernama
Bernama
06/05/2023
02:10 MYT
Perhilitan Perak sahkan kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh
Tular beberapa gambar menunjukkan kesan tapak kaki dipercayai milik harimau belang di laman media sosial yang dikatakan dijumpai di Bukit Berekeh. - Foto BERNAMA
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan terdapat kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh, Sungai Siput susulan tular gambar kesan tapak kaki haiwan itu.
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata Unit Harimau sedang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan ketika ini.
"Sekiranya harimau ini tidak masuk semula ke hutan dalam waktu terdekat, kita akan pasang perangkap tetapi langkah-langkah untuk menghalau semula ke hutan sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau menasihati orang ramai dan penduduk sekitar agar tidak bersendirian ke hutan atau ladang terutama apabila suasana gelap ketika awal pagi dan waktu senja manakala penternak juga dinasihatkan agar memasukkan binatang ternakan ke dalam kandang.
"Jangan ganggu jika terserempak dengan si belang ini, maklumkan kepada kami segera sekiranya nampak individu atau kumpulan pemburu, jangan pasang jerat," katanya.
Tular beberapa gambar menunjukkan kesan tapak kaki dipercayai milik harimau belang di laman media sosial yang dikatakan dijumpai di Bukit Berekeh serta dakwaan terdapat individu mendengar ngauman haiwan liar itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan Perak
#kesan tapak kaki harimau
#harimau
#Bukit Berekeh Sungai Siput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan