awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan pindah gajah liar di Besut

Bernama
Bernama
10/03/2024
11:49 MYT
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan menggunakan dua ekor gajah denak, Suria (kiri) dan Indah (kanan) dalam operasi memindahkan seekor gajah liar jantan di Kampung Dendong dekat Tembila hari ini. - Foto Bernama
JERTIH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di sini hari ini.
Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata gajah jantan itu ditangkap pada 7 Mac lepas setelah pihaknya mengesan haiwan tersebut selama empat hari sebaik menerima aduan ia memasuki kawasan kebun penduduk kampung.
Beliau berkata operasi memindahkan gajah itu melibatkan 22 anggota Perhilitan Terengganu, Perhilitan Kelantan (dua) dan Perhilitan Johor (seorang).
"Operasi ini turut dibantu dua ekor gajah denak iaitu Suria dan Indah yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Loo berkata operasi menaikkan gajah liar seberat dua tan itu ke dalam lori bermula 8 pagi dan selesai kira-kira 1 tengah hari tadi.
Tambahnya gajah tersebut akan dipindahkan ke kawasan habitat lebih sesuai dan selamat.
"Pemindahan gajah ini sedikit sebanyak melegakan orang ramai memandangkan ia tersesat agak jauh daripada habitatnya dan berkeliaran berhampiran kawasan penempatan
"Orang ramai disarankan lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan segera melaporkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#pindah gajah
#Jertih
#Kampung Dendong
#Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan