JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan tapak kaki haiwan liar yang ditemukan di kebun kelapa sawit di Felda Ulu Tebrau di sini, dipercayai tapak kaki harimau.
Pengarah Perhilitan Johor Aminuddin Jamin berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan menjalankan pemantauan selepas menerima laporan berhubung penemuan bangkai binatang ternakan di kebun kelapa sawit di kawasan itu.
"Berdasarkan pemeriksaan awal, kesan-kesan (yang ditemukan ialah harimau), namun siasatan masih dijalankan.
"Kita akan melaksanakan pemasangan perangkap kamera (bagi mengesan kehadiran haiwan liar berkenaan) dalam masa terdekat. Bagaimanapun, kita perlu tarik pemasangan kamera di kawasan lain terlebih dahulu, " katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Aminuddin turut menasihatkan kepada orang ramai agar melaporkan segera kepada Perhilitan sekiranya terserempak dengan hidupan liar dan elakkan daripada mengambil sebarang tindakan provokasi.
Terdahulu, tular di laman sosial mengenai penemuan bangkai seekor lembu tanpa kepala yang dipercayai diserang haiwan buas serta tapak kaki haiwan terbabit sehingga menimbulkan kegusaran penduduk di sekitar Felda itu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz berkata beliau telah berhubung dengan pengurus Felda berkenaan serta menasihati penduduk berhampiran agar mengutamakan keselamatan mereka.
"Kita juga tidak menggalakkan mereka untuk masuk ke kawasan ladang buat sementara waktu, namun sekiranya perlu juga masuk, pastikan berpasangan atau secara berkumpulan.
"Keselamatan paling utama. Agensi berwajib sedang jalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin," katanya menerusi catatan dalam Facebooknya, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
![Perhilitan sahkan penemuan tapak kaki harimau di Felda Ulu Tebrau Perhilitan sahkan penemuan tapak kaki harimau di Felda Ulu Tebrau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682758988_TBtpakkakairimau.jpg)
Perhilitan Johor mengesahkan tapak kaki haiwan liar yang ditemukan di kebun kelapa sawit di Felda Ulu Tebrau, dipercayai tapak kaki harimau. - Foto Facebook Anak Felda
![Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722045153_tbManchesterCity.jpg)
Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City
Ederson menjelaskan laporan yang diterbitkan oleh The Athletic adalah palsu sama sekali.
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Tapak kaki harimau ditemukan, penduduk berjaga-jaga Tapak kaki harimau ditemukan, penduduk berjaga-jaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699697336_Genericharimauti.jpg)
Tapak kaki harimau ditemukan, penduduk berjaga-jaga
Seorang penternak berkata dia menemukan kesan tapak kaki itu ketika berada di Ladang Chin Teck, kira-kira 8.30 malam, Sabtu.
![Penemuan tapak kaki harimau gemparkan penduduk Penemuan tapak kaki harimau gemparkan penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700031924_TBTapakHarimauj.jpg)
Penemuan tapak kaki harimau gemparkan penduduk
Penduduk Kampung Seberang Lembaga dan sekitar RPT Kesedar Sungai Terah, di Gua Musang, digemparkan dengan penemuan beberapa kesan dipercayai tapak kaki harimau.
![Perhilitan sahkan penemuan tapak kaki harimau di Felda Ulu Tebrau Perhilitan sahkan penemuan tapak kaki harimau di Felda Ulu Tebrau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682758988_TBtpakkakairimau.jpg)
Perhilitan sahkan penemuan tapak kaki harimau di Felda Ulu Tebrau
Perhilitan Johor mengesahkan tapak kaki haiwan liar yang ditemukan di kebun kelapa sawit di Felda Ulu Tebrau, dipercayai tapak kaki harimau.
![Gambar tular bukan tapak kaki harimau belang Gambar tular bukan tapak kaki harimau belang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671596837_PERHILITAN.jpg)
Gambar tular bukan tapak kaki harimau belang
Ia berdasarkan siasatan yang dijalankan pihaknya di lokasi penemuan tapak kaki tersebut berhampiran sebuah kampung di Batu Kikir, Jempol.