KUALA LUMPUR: Siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati tiada sebarang tanda atau kesan kehadiran harimau di kawasan Kemensah Height, Hulu Kelang, di sini seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.
Perhilitan Selangor menjelaskan sembilan kakitangan daripada Ibu Pejabat Perhilitan, Perhilitan Wilayah Persekutuan dan Selangor ke lokasi kejadian selepas menerima aduan penemuan seekor harimau berkeliaran di Jalan Tropika Kemensah 3, kira-kira pukul 3 petang, Jumaat.
"Sebaik laporan diterima kita menjalankan pemantauan susulan di kawasan aduan antara pukul 11.30 malam dan 3 pagi tadi.
“Tiada kesan jejak Harimau Belang dijumpai di lokasi itu dan laluan rentis di sekitarnya kawasan aduan, malah pengawal keselamatan yang didakwa melihat haiwan berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan kehadiran hidupan liar itu," katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi Instagram di sini, pada Sabtu.
BACA: Sukar percaya insiden terserempak harimau, aktiviti riadah di Kemensah masih diteruskan
BACA: Polis terima laporan penampakan harimau di Kemensah Heights
Mengulas lanjut, Perhilitan turut menegaskan orang ramai supaya tidak membuat sebarang aduan sebelum memastikan sesuatu perkara itu sahih bagi mengelakkan berita palsu tersebar sehingga mencetuskan situasi panik.
Pun begitu, Perhilitan menyaran orang ramai supaya lebih berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar.
"Sebarang aduan atau maklumat boleh disalurkan kepada talian hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my," jelasnya
Sebelum ini tular di media sosial yang mendakwa seorang pengawal keselamatan warga Bangladesh terlihat haiwan liar itu berlegar-legar di kawasan terbabit.
Pengawal keselamatan berusia 51 tahun itu bagaimanapun ditahan kira-kira pukul 7 petang Jumaat bagi membantu siasatan.
BACA: Pengawal keselamatan dakwa temui harimau berlegar-legar ditahan - Polis
Semakan juga mendapati lelaki itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Umavathi Ramayah
Sat May 21 2022
PERHILITAN mendapati tiada sebarang tanda atau kesan kehadiran harimau di kawasan Kemensah Height, Hulu Kelang, Ampang Jaya. - Gambar hiasan/unsplash.com
PRK Kuala Kubu Baharu: Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi
Kerjasama yang diberi keutamaan ialah latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris bagi pelajar dan tenaga pengajar.
Perkembangan terkini Jelajah Microsoft Build: AI Day
Acara sehari secara percuma yang direka untuk membantu pembangun meneroka peluang baharu dengan kecerdasan buatan (AI) serta memajukan kemahiran mereka dengan AI dan Microsoft Azure.
[TERKINI] Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, yang juga dikenali dengan nama Bella, tiga tahun lalu.
Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim
Kerajaan menghargai semua golongan pekerja dan ia terbukti menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif.
Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.