Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tidak pernah mengeluarkan permit khas kepada orang awam atau individu tertentu untuk membela harimau.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata sehingga kini permit khas itu hanya dikeluarkan kepada pihak zoo.

“Harimau adalah binatang dilindungi sepenuhnya, maka perlu permit khas untuk dibela. Permit khas ni hanya diluluskan oleh menteri dalam akta. Tiada masalah dari segi dasar.

“(Cuma) buat apa orang nak bela harimau. Yang kita bagi kebenaran setakat ini hanya zoo. la tiada kena mengena dengan orang awam,” ujar beliau.

Beliau berkata pihaknya percaya masih ada individu yang menyimpan haiwan yang dilindungi tanpa kebenaran.

Justeru, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan berhubung perkara itu.

Pada Khamis, penduduk di Kampung Besol, Bandar Bukit Besi, Dungun gempar apabila mereka menemui harimau yang kelihatan jinak berlegar di kawasan kediaman mereka.

Ekoran itu, beberapa andaian dan dakwaan timbul, antaranya kemungkinan harimau itu dibela oleh individu tertentu sebelum dilepaskan ke dalam hutan berhampiran.

BACA: Perhilitan beri amaran jangan 'selfie' dengan harimau

BACA: Hanya ingat mati ketika bahu dijilat harimau

BACA: Harimau 'jinak' berkeliaran di kampung berjaya ditangkap