ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Jun 2026.
Undang Rembau baharu: Dato’-Dato’ Lembaga Luak mengadap Tunku Besar Seri Menanti hari ini
Proses pelantikan Undang Luak Rembau yang baharu dijangka memasuki fasa penting apabila Dato’-Dato’ Lembaga Luak Rembau dijadual mengadap Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, petang ini.
PRN Johor: UMNO 'boneka terikat' - Puad Zarkashi umum keluar parti
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi hari ini mengumumkan tindakan keluar daripada parti serta-merta, atas alasan UMNO Johor tidak bebas membuat keputusan khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor.
PRN Johor: ‘Tiada arahan Istana’ - Onn Hafiz dakwa Puad Zarkashi putar belit proses Perlembagaan
Dakwaan bahawa Institusi Diraja mencampuri urusan dan keputusan politik UMNO Johor adalah tidak bertanggungjawab, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
“Mahu anak jadi calon PRN, bukan sebab Istana” - Asyraf Wajdi dedah punca Puad Zarkashi keluar UMNO
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, keputusan Datuk Mohd Puad Zarkashi keluar parti bukan berpunca daripada dakwaan campur tangan Institusi Diraja dalam urusan UMNO Johor.
Bukan eksklusif Zara Qairina seorang sahaja, diari dikongsi individu lain - Pakar
Pakar tegaskan diari yang dianalisis beliau bukan eksklusif milik Zara Qairina, sebaliknya merupakan jurnal yang turut digunakan oleh individu lain.
WAWASAN sedia jadi jambatan satukan Pas-UMNO, elak perpecahan politik Melayu - Hamzah
Pendirian itu merupakan antara matlamat utama WAWASAN selepas diterima secara rasmi sebagai parti komponen Perikatan Nasional (PN).
Istiadat pelantikan Undang Luak Rembau ke-22 disempurnakan Sabtu ini
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkenan mengadakan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli bagi Kejadian Undang Luak Rembau pada Sabtu ini.
- PRN Johor: Bersatu umum 16 calon PN, Rashid Hasnon dan Dr Sahruddin antara nama utama
Senarai tersebut menyaksikan beberapa nama berprofil tinggi diketengahkan termasuk bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.
- Pas sah tanding 11 kerusi DUN Johor
Pas mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung bulan depan.
- PRN Johor: UMNO sudah kompromi prinsip, sanggup bersama DAP di Putrajaya - Muhyiddin
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa UMNO kini telah berkompromi dengan prinsip asal perjuangannya susulan kerjasama parti itu dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.