awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan: Polis sedang teliti rakaman, akan panggil individu bawa kanak-kanak - Allaudeen

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/09/2023
11:58 MYT
Perhimpunan: Polis sedang teliti rakaman, akan panggil individu bawa kanak-kanak - Allaudeen
Allaudeen Abdul Majid berkata, mereka akan dipanggil dalam masa terdekat selepas pihaknya meneliti rakaman video dan gambar sepanjang perhimpunan itu. - Foto IPK Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti individu-individu yang membawa kanak-kanak bersama mereka menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia, di ibu negara Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, mereka akan dipanggil dalam masa terdekat selepas pihaknya meneliti rakaman video dan gambar sepanjang perhimpunan itu.
"Daripada rakaman yang kita, ada juga individu yang membawa kanak-kanak. Jadi ini merupakan satu pelanggaran kepada Akta Perhimpunan 2012.
"Kanak-kanak tidak sewajarnya dilibatkan atau didedahkan kepada risiko-risiko dalam sesuatu perhimpunan," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Allaudeen memberitahu setakat ini polis sudah mengenal pasti 28 individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan itu.
Daripada jumlah itu katanya, 11 individu sudah direkodkan keterangan pada Isnin.
BACA: Perhimpunan di ibu kota gagal patuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis
BACA: Tun Faisal, Dr Afif antara 25 individu dipanggil polis berhubung perhimpunan - Allaudeen
Selain Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin yang direkodkan keterangan ujarnya, beberapa pemimpin lain turut dipanggil termasuk Presiden Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali bagi membantu siasatan.
Pada Sabtu lalu, sekumpulan peserta perhimpunan berarak dengan berjalan kaki sejauh lebih dua kilometer dari Masjid Jamek Kampung Baru ke kompleks Sogo selepas menunaikan solat Zuhur berjemaah.
Topic Berkaitan
#Himpunan Selamatkan Malaysia
#Kanak-kanak
#dipanggil rekod keterangan
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan