awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis selesai rakam keterangan 10 mahasiswa

Bernama
Bernama
02/02/2025
11:00 MYT
Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis selesai rakam keterangan 10 mahasiswa
Sulizmie Affendy berkata keterangan kesemua 10 individu berkenaan selesai diambil pada 2.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis telah selesai mengambil keterangan 10 mahasiswa bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada 25 Jan lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata keterangan kesemua 10 individu berkenaan selesai diambil pada 2.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.
"Kumpulan mahasiswa berkenaan hadir bersama lima peguam dan siasatan dijalankan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya ketika dihubungi.
Selain itu, Sulizmie Affendy berkata dua lagi mahasiswa bersetuju untuk dirakam keterangan mereka di Sabah, manakala seorang lagi belum memberi pengesahan untuk diambil keterangan.
Dalam perhimpunan itu, kira-kira 200 peserta telah berarak dari pusat beli-belah berkenaan hingga ke Dataran Merdeka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perhimpunan Rakyat Benci Rasuah
#Perhimpunan Aman
#mahasiswa
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan