awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/01/2025
15:10 MYT
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau sentiasa menyokong apa sahaja usaha untuk menyatukan orang Melayu.
Namun begitu, beliau tidak memahami objektif di sebalik penganjuran perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dirancang berlangsung esok.
Malah Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
Kata Mukhriz, Najib adalah pemimpin Melayu yang telah menghancurkan imej bangsa Melayu.
"Dialah orang yang meleraikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sehingga kalah dalam pilihan raya umum 2018.
"Kalau nak kata kami jatuhkan dia....dia sendiri yang jatuhkan diri dia, jadi tak perlu salahkan orang lain.
"Masyarakat Melayu sepatutnya sedar perkara ini. Berhimpun untuk menyokong dia memalukan masyarakat Melayu. Orang akan cakap, orang Melayu sokong kleptokrat," katanya dalam sesi podcast bersama saluran YouTube Suara Marhaen Official.
Dalam pada itu, Mukhriz turut menggesa orang Melayu agar berpegang pada ajaran agama Islam dan tidak terperdaya dengan perhimpunan yang menggunakan alasan perpaduan orang Melayu.
Sebelum ini media melaporkan, penganjuran Himpunan Solidariti oleh ahli UMNO itu adalah sebagai tanda sokongan dan setia kawan terhadap Najib kerana jasa besar beliau selama ini.
Istana Negara menerusi kenyataan mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan, termasuk kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong berkaitan pengampunan kepada mana-mana banduan.
Menurutnya, kuasa Seri Paduka Baginda untuk memberi ampun, tunda dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya termaktub di bawah Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.
Susulan itu, UMNO memutuskan untuk tidak meneruskan perhimpunan solidariti.
Namun begitu, Pas tetap menggalakkan ahli parti hadir pada perhimpuan itu kerana menyifatkan solidariti itu sebagai isu rakyat dan tiada pihak boleh menyekat sesiapa saja yang mengambil berat mengenai solidariti itu kerana ia hak asasi.
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#Perlembagaan Persekutuan
#UMNO
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan