awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Selamat Tahun Baharu belia Malaysia
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perisytiharan darurat: Proses semak dan imbang masih terpakai - Pakar Perlembagaan

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
13/01/2021
04:07 MYT
Perisytiharan darurat: Proses semak dan imbang masih terpakai - Pakar Perlembagaan
Prof Dr Shamrahayu turut menegaskan agar Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan perlu dianggotai Ahli Parlimen dari parti kerajaan, pembangkang dan bebas. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Berdasarkan peruntukan perlembagaan, proses semak dan imbang masih lagi terpakai walaupun selepas pengisytiharan darurat.
Namun, menurut pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, ia hanya melibatkan proses perundangan yang tergantung dalam tempoh darurat seperti yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ia juga tidak bermakna kerajaan yang mentadbir di bawah perintah darurat mempunyai kuasa mutlak kerana masih menitikberatkan proses semak dan imbang ini.
“Kalau kita lihat kepada peruntukan perlembagaan, ia tidak menafikan bahawa proses semak dan imbang ini masih lagi boleh dilakukan.
“Apa yang penting adalah proses perundangan itu yang tergantung atau dihentikan apabila darurat berlangsung.
"Walaupun begitu, Parlimen boleh dipanggil bersidang walaupun dalam keadaan darurat. Cuma di sini, sekiranya Parlimen tidak bersidang, maka Jawatankuasa Khas perlu berfungsi.
“Pada masa sama, ia juga tidak boleh dinyatakan bahawa kerajaan yang mentadbir semasa tempoh darurat mempunyai kuasa mutlak.
"Walaupun benar jika mereka mahu salah guna kuasa, peluang itu boleh dilakukan, tetapi sebenarnya di negara ini masih lagi mengamalkan mekanisme semak dan imbang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Proklamasi Darurat | Penjelasan semak imbang kuasa PM
BACA: Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
Dalam pada itu, Prof Dr Shamrahayu menegaskan Jawatankuasa Khas yang ditubuh susulan pengisytiharan proklamasi darurat perlu dianggotai Ahli Parlimen dari parti kerajaan, pembangkang dan bebas.
Malah ia juga perlu disertai tenaga kepakaran daripada pelbagai sektor bagi memastikan kemakmuran dan usaha membendung gejala wabak COVID-19 dapat dicapai dengan sebaik mungkin.
BACA: Proklamasi darurat: Kelulusan polisi tidak terikat, Agong boleh gubal ordinan
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#perintah darurat
#Shamrahayu Abd Aziz
#COVID-19
#proses semak dan imbang
#peruntukan perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan