awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proklamasi darurat: Kelulusan polisi tidak terikat, Agong boleh gubal ordinan

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2021
03:30 MYT
Proklamasi darurat: Kelulusan polisi tidak terikat, Agong boleh gubal ordinan
Dengan pengisytiharan darurat, KKM boleh menggunakan keadaan ini untuk memastikan penularan COVID-19 disekat menggunakan peraturan yang lebih ketat.
KUALA LUMPUR:Pengisytiharan proklamasi darurat membolehkan perundangan atau polisi diluluskan tanpa terikat dengan peruntukan dalam Perlembagaan negara, khususnya dalam mengawal penularan COVID-19.
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, dengan ini ia memberi kuasa kepada Yang Di-Pertua Agong untuk mengubal ordinan atau undang-undang ketika Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak bersidang.
"Dalam konteks ini, baginda akan mendapat nasihat profesional daripada Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen termasuk pembangkang dan juga tenaga kepakaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Manknanya Agong tidak akan dinasihati oleh kerajaan sebaliknya akan dinasihati oleh jawatankuasa ini. Kita bukan berlandaskan kehendak politik tetapi atas kepentingan rakyat,"katanya ketika ditemubual oleh Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Shamrahayu turut menjelaskan, jawatankuasa itu boleh turut dianggotai oleh kepakaran dari luar negara dalam memastikan penularan COVID-19 disekat menggunakan peraturan-peraturan yang lebih ketat.
Merujuk kepada Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, katanya, pengisytiharan darurat itu boleh dilakukan sekiranya negara berdepan dengan ancaman besar dalam kedudukan ekonomi, keselamatan negara dan ketenteraman awam.
"Kalau ikutkan peruntukan dalam Perlembagaan, kita tidak ada had masa (untuk menetapkan darurat) namun mengambil pandangan pelbagai pihak, Yang Di-Pertua Agong berpendapat lapan bulan diperlukan untuk mengawal keadaan semasa," tambahnya.
BACA: Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
Dalam pada itu, beliau berkata, meskipun tidak ada sebarang akta khusus untuk membenarkan tentera dalam keadaan darurat namun negara akan menggunakan sumber manusia yang ada dalam ketenteraan untuk mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang untuk keselamatan.
Darurat ini bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung - PM
Beliau turut memberitahu bahawa dengan pengisytiharan darurat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menggunakan keadaan ini untuk memastikan penularan COVID-19 disekat menggunakan peraturan yang lebih ketat.
Topic Berkaitan
#perintah darurat
#PKP
#MCO
#Politik Malaysia
#Kementerian Kesihatan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Ketua Polis Negara
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan