Kerajaan akan mengkaji semula perjanjian mengenai pekerja asing dengan semua negara yang terlibat dalam usaha mengurangkan kebergantungan dengan mereka, kata Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran.
Beliau berkata keutamaan pekerjaan perlu diberikan kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu sebelum diberi kepada pekerja asing.
"Semua perkara ini perlu dikaji semula. Bagi saya mengenai pekerja asing, kita mahu mengurangkan kebergantungan dengan mereka.
"Keutamaan akan diberikan kepada pekerja kita, rakyat kita terlebih dahulu. Fikirkan mengenai rakyat Malaysia terlebih dahulu, yang lain kemudian," katanya kepada pemberita di Wisma Perkeso di sini hari ini.
Kulasegaran, yang pertama kali menjadi menteri, mengulas mengenai perjanjian antara Malaysia dan Bangladesh pada 2016 untuk menerima 1.5 juta pekerja.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak akan menolak ribuan pekerja Bangladesh yang sudah bekerja di Malaysia daripada pekerjaan mereka dan menghantar mereka kembali ke negara mereka.
"Kita tidak akan meminta mereka untuk keluar. Ia (mesti ada) tempoh masa. Mereka yang sudah berada di sini tidak akan diarahkan pulang. Mereka meninggalkan negara mereka dan datang ke sini. Kita akan buat apa yang boleh.
"Pengisian ini, kami bersetuju ada latihan semula dan perkara-perkara lain. Keutamaan kami sentiasa mengenai pekerja kita. Kenapa dalam sesetengah industri kita lihat banyak pekerja asing?" katanya.
Sementara itu, Kulasegaran berkata kementeriannya akan membantu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pekerja asing sebelum ini.
Beliau berkata sejumlah 3,687 kes berkaitan sumber manusia telah dibawa ke Mahkamah Perusahaan setakat 30 April dengan 2,775 kes sedangberjalan dan 912 kes diselesaikan.
"Kami berharap dapat mempercepatkannya dalam tempoh tiga bulan, dan jika boleh, saya telah memaklumkan bahawa mereka perlu menyelesaikannya dalam masa sebulan. Saya memaklumkan mereka bahawa mereka perlu, mungkin perlu kembali pada malam hujung minggu dan cuti umum untuk melupuskan kes-kes ini," katanya.
Beliau berkata adalah tidak adil untuk pekerja menunggu begitu lama dan kerana keadilan yang begitu penting kita mahu selesaikan (kes-kes) seawal yang boleh. Saya akan membantu dalam proses itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 24 2018
Kementerian Sumber Manusia akan bantu mengisi kekosongan yang ditinggalkan pekerja asing.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Perdana Menteri baharu Perancis hasrat kaji semula skim pencen
Perdana Menteri Perancis Michel Barnier mengumumkan hasratnya untuk meneruskan perbincangan mengenai pembaharuan skim pencen yang kontroversi.
Perdana Menteri gesa KPM lihat semula sistem prasekolah
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sistem pendidikan prasekolah di negara ini dilihat semula dengan memastikan kemudahan tambahan diberi perhatian.
Guan Eng saran pertimbang semula cadangan berkaitan SST
Kerajaan disaran untuk mempertimbangkan dan menangguhkan cadangan berkenaan cukai (jualan dan) perkhidmatan (SST) buat masa ini berikutan dikhuatiri akan memberi kesan kepada rakyat.
Anwar gesa peraturan produk bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah dikaji semula
Anwar berkata Malaysia menghadapi sedikit kesukaran dalam siri rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk membincangkan perkara itu.
Kajian semula elaun pelajar MARA akan dibawa ke Kabinet hujung Ogos - Mahdzir
Kajian tersebut bukan hanya melibatkan pelajar di luar negara malah untuk pelajar tempatan juga.
Kerajaan diminta kaji semula kenaikan tambang feri ke Pulau Pangkor
Kenaikan harga terlalu tinggi membebankan pelancong golongan pertengahan dan bukan mewah.
Kerajaan disaran kaji semula syarat permohonan subsidi yuran pengasuhan taska
Kerajaan disaran mengkaji semula syarat permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak.
Projek infrastruktur mega perlu digerakkan untuk rancakkan pertumbuhan ekonomi - Pakar
Ia jadi pendorong kepada pengusaha luar bandar untuk menghasilkan dan memasarkan produk mereka di bandar dan melangkauinya.
MEF minta PPN dipercepat ke Fasa 3 dan 4 bagi kelangsungan sektor bukan perlu
Kawalan pergerakan berterusan yang telah "kekal berkuat kuasa sejak Mac 2020 terus menjejaskan perniagaan dan pekerjaan."
KKM kaji pengurangan, pengecualian terhadap kes peniaga burger dikompaun RM50,000
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, sama ada diberi pengurangan atau pengecualian.