awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian penstrukturan air ditolak demi kedaulatan - Azmin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
10/03/2015
04:52 MYT
Perjanjian penstrukturan air ditolak demi kedaulatan - Azmin
AZMIN: Apakah kerajaan Persekutuan ingin merampas kedaulatan negeri Selangor?
Perjanjian Utama bagi pengstrukturan semula industri air Negeri Selangor yang ditandatangani bersama Putrajaya lupus dengan sendirinya, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Azmin berkata, kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya menuntut sejumlah 26,000km jajaran tanah yang dilalui paip saluran air kerana perkara itu tidak dinyatakan dalam Perjanjian Utama.
"Kegagalan untuk melaksanakan Perjanjian Utama tersebut adalah akibat pendirian terkini Putrajaya yang enggan menghormati prinsip dan semangat Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 September 2014 lalu.
"Percanggahan dari Perjanjian Utama yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan akan menyaksikan kerajaan negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik kerajaan negeri Selangor," kata Azmin pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Azmin berkata, berdasarkan perjanjian itu, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk menyerahkan aset syarikat konsesi yang dinaik taraf.
"Malahan semangat itu buatkan kita bersetuju dengan perjanjian, tetapi dalam tempoh sebulan dua ini, kerajaan pusat datang kembali kepada kita dan mahu mengambil tanah," katanya.
"Apakah kerajaan Persekutuan ingin merampas kedaulatan negeri Selangor?" soal Azmin.
Namun Timbalan Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Gombak itu berkata Kerajaan Selangor akan terus memantau dan memastikan bekalan air di negeri itu akan dapat dibekalkan kepada semua pengguna secara berterusan.
Topic Berkaitan
#air
#Azmin Ali
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan