Skip to main content

Malaysia

Perjanjian Perdagangan Malaysia-AS masih tertangguh - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Feb -- Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Anwar berkata, sehingga semalam, pihak AS belum mengemukakan sebarang cadangan tarif untuk melalui proses ratifikasi, sekali gus menyebabkan perkara itu masih tertangguh. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) masih belum berkuat kuasa kerana tertakluk kepada proses ratifikasi mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga semalam, pihak AS belum mengemukakan sebarang cadangan tarif untuk melalui proses ratifikasi, sekali gus menyebabkan perkara itu masih tertangguh.

Advertisement

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Agung AS mengenai tarif timbal balik yang dikenakan Donald Trump, perlu diberikan perhatian.

"Kita sedang memantau perkembangan ini dan mengambil maklum bahawa Presiden AS berkemungkinan menggunakan Seksyen 122 Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa Amerika Syarikat (IEEPA). 

"Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada Kongres AS akan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Agung atau mengambil pendirian berbeza," katanya pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian rasmi kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Agung AS yang mengisytiharkan tarif yang diperkenalkan oleh Trump sebagai tidak sah, dan ingin tahu implikasi perkara itu terhadap hubungan perdagangan Malaysia-AS.

Pada 21 Februari lalu, Mahkamah Agung AS membatalkan tarif timbal balas diperkenalkan Donald.

Mahkamah tertinggi AS itu memutuskan Trump melangkaui kuasa presidennya apabila pada tahun lalu menggunakan undang-undang darurat era 1970-an untuk mengenakan tarif global secara meluas, selain duti berkaitan fentanyl yang dikenakan ke atas barangan dari China, Kanada dan Mexico.

Must Watch Video