awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjuangan kembalikan semangat MA63 perkukuhkan hak Sarawak - Abang Jo

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
23/10/2021
14:07 MYT
Perjuangan kembalikan semangat MA63 perkukuhkan hak Sarawak - Abang Jo
Abang Johari berkata, ia harus dilihat dilihat sebagai langkah ke arah untuk memperkukuhkan lagi jati diri warga Sarawak sebagai sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang besar. - Gambar/ BERNAMA
KUCHING: Semangat memastikan hak dan keistimewaan Sarawak dan Sabah dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diharap dapat dihormati dan difahami oleh seluruh rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, usaha Sarawak mengembalikan hak-hak terhakis bukan semata-mata untuk kepentingan Sarawak.
Malah ujarnya, ia harus dilihat dilihat sebagai langkah ke arah untuk memperkukuhkan lagi jati diri warga Sarawak sebagai sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang besar.
‘’Sebagai satu Keluarga Malaysia yang besar ini, kita akur bahawa pasti akan berlaku perbezaan pendapat dan pandangan dalam pelbagai aspek pembangunan negara ini.
‘’Namun, saya percaya keadaan ini hanya seketika sebagai mana bidalan yang biasa kita kongsikan.. biduk berlalu, kiambang bertaut,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia Peringkat Nasional di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu.
BACA: Rancang dasar pembangunan yang sesuai untuk Sabah dan Sarawak - Abang Jo
BACA: Sarawak 'rumah besar', himpun ahli keluarga pelbagai latar belakang - Abang Johari
Tambahnya lagi, persetujuan Perdana Menteri meminda Perlembagaan Persekutuan supaya selari dengan semangat MA63 dan keistimewaan Sarawak dan Sabah, adalah satu permulaan yang baik untuk mendengar dan menimbang permintaan ahli keluarga Malaysia dari Sarawak dan Sabah.
Pada 18 Oktober lalu, Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk mentakrifkan semula beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut konteks MA63.
Rang Undang-Undang (RUU) pemindaan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut dijadualkan akan dibentang pada 26 Oktober untuk bacaan pertama dan bacaan kedua akan ditentukan kelak bagi memberi ruang kepada Peguam Negara menjelaskan lebih lanjut cadangan pindaan kepada anggota Kabinet mengenai perkara itu.
Topic Berkaitan
#Perjanjian Malaysia 1963
#Keluarga Malaysia
#MKMA63
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan