awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkahwinan bukan Islam tertangguh perlu diselesaikan sebelum 31 Julai - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/06/2020
07:22 MYT
Perkahwinan bukan Islam tertangguh perlu diselesaikan sebelum 31 Julai - Ismail Sabri
Ismail Sabri memberitahu, JPN akan mengeluarkan SOP berhubung urusan pendaftaran perkahwinan dan penceraian kepada bukan Islam. - Gambar BERNAMA
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memutuskan semua pendaftaran perkahwinan bukan Islam yang terjejas dan tertangguh dalam tempoh berkenaan perlu diselesaikan sebelum 31 Julai depan.
Menjelaskannya, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka juga tidak perlu mengemukakan permohonan baharu atau membayar fi sekali lagi.
Beliau memberitahu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan pendaftaran perkahwinan berlangsung di 171 rumah ibadat termasuk kuil, gereja dan persatuan agama yang telah diluluskan oleh Kementerian Perpaduan Negara sepanjang tempoh PKP.
"Ekoran itu, JPN akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) urusan pendaftaran perkahwinan dan penceraian untuk mereka yang bukan Islam," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini, pada Ahad.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati bekalan barangan keperluan adalah mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan serta mudah diperolehi.
Katanya, pada Sabtu, KPDNHEP telah membuat pemantaun harian ke atas 25 jenis bekalan barangan di 931 premis perniagaan termasuk peruncit (718), pemborong (188) dan pengilang (25).
Oleh itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan sepanjang musim perayaan kerana ianya dijamin mencukupi.
"Semalam (Sabtu), pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga telah melakukan 1,824 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).
"Daripada pemeriksaan itu, KPDNHEP memberi nasihat kepada 131 premis dan notis amaran kepada empat premis kerana tidak mematuhi SOP," jelasnya.
Topic Berkaitan
#bukan Islam
#ismail sabri yaakob
#KPDNHEP
#makanan cukup
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#perkahwinan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan