MELAKA: Kampung Chitty di Gajah Berang mungkin tidak segah Perkampungan Portugis dan Kampung Morten, namun suara dan harapan sekitar 250 penduduk kampung itu tidak kurang pentingnya untuk didengari calon-calon bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini.
Chitty di Melaka merupakan kaum India kelahiran Selat Melaka dan berketurunan pedagang India yang datang dari Panai Koromandel di India dan yang menariknya, komuniti yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama pertuturan harian ini merupakan waris pedagang India yang menjejakkan kaki di sini sekitar abad ke-15.
Namun, masalah banjir yang berterusan dan kurangnya kerja pemuliharaan yang dilakukan mungkin akan melenyapkan perkampungan unik ini daripada peta warisan Melaka.
Bagi P. Vasanthy, 52, beliau tidak menolak perkampungan yang diasaskan sejak abad ke-15 itu bakal lenyap disebabkan penduduk terpaksa keluar dari situ kerana tidak tahan berdepan kerosakan harta benda yang disebabkan banjir yang sering berlaku.
''Ini yang paling saya kecewa, patah hati sebab perkara ini sudah lama berlaku. Macam banjir besar baru-baru ini, kampung ini terjejas sangat teruk tapi tiada siapa yang datang tengok. Rumah pusaka saya yang berusia lebih 100 tahun pun alami kerosakan.
''Kolam takungan banjir yang ada dalam kawasan ini juga seolah-olah tidak berfungsi. Memang kita tak boleh halang hujan namun sekiranya kolam itu berfungsi dengan baik, saya percaya ia dapat mengurangkan paras kenaikan air di dalam kampung ini sewaktu hujan lebat,'' katanya kepada Bernama.
Mengenai keuzuran rumah-rumah di perkampungan tersebut, beliau beharap agensi berkaitan seperti Jabatan Warisan Negara menjalankan kerja-kerja pemuliharaan kerana ia adalah warisan keunikan etnik ini yang mampu menarik pelancong seperti di tempat lain.
Menurutnya, kampung berkenaan telah diberi perlindungan sebagai kawasan warisan sejak Jun 2000 seperti perlindungan yang diberikan kepada Kampung Portugis atau Kampung Morten.
"Jadi kita nak apa yang dilakukan di Kampung Morten atau Kampung Portugis, juga dilakukan di sini. Paling utama, hanya ada etnik Chitty sahaja, tidak ada kaum, etnik atau bangsa yang lain.
''Ini penting untuk mengekalkan keunikan masyarakat dan satu-satunya kampung yang ada di Malaysia malah di dunia. Jadi amat penting calon atau kerajaan yang akan memerintah Melaka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ini ambil tahu perkara ini,'' katanya yang menjelaskan rata-rata rumah di situ adalah warisan daripada nenek moyang mereka yang mencecah ratusan tahun.
Bagi warga emas K. Suppiah Pillay, 72, sebuah dewan komuniti sangat diperlukan bagi meneruskan kesinambungan warisan kebudayaan milik etnik Chitty ini terutama tarian dan makanan.
''Seluruh dunia kenal kaum Chitty melalui tarian dan hebat dalam berpantun. Tapi malangnya, kami tak ada satu dewan yang sempurna untuk anak-anak muda berlatih menari. Sehingga kini, kami mengadakan latihan tarian di rumah tertentu yang mempunyai laman.
''Bukan hanya untuk tarian tapi dewan itu juga penting bagi pelbagai aktiviti yang ingin kami jalankan terutama apabila perlu menyambut tetamu atau pelancong dalam jumlah yang besar,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021
Rakaman gambar suasana di Kampung Chitty Gajah Berang ketika tinjauan di perkampungan unik masyarakat tersebut. --fotoBERNAMA
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Perkampungan etnik Chitty bakal lenyap akibat banjir, penduduk mahu warisan dipulihara
Komuniti ini merupakan waris pedagang India yang menjejakkan kaki di sini sekitar abad ke-15.