awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkasa, tambah baik pendidikan TVET lahir graduan lebih terlatih

Bernama
Bernama
01/08/2023
21:15 MYT
Perkasa, tambah baik pendidikan TVET lahir graduan lebih terlatih
Walaupun peratusan lulusan TVET yang mendapat pekerjaan tinggi, namun Anwar tidak berpuas hati dengan gaji diterima graduan berkemahiran berkenaan.
KUANTAN: Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia perlu bagi melahirkan graduan lebih terlatih, sekali gus menikmati gaji lebih baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun peratusan lulusan TVET yang mendapat pekerjaan tinggi, namun beliau tidak berpuas hati dengan gaji diterima graduan berkemahiran berkenaan, yang secara umumnya masih di bawah RM2,000 berbanding pekerja TVET luar negara, yang menikmati gaji lebih baik.
"Sasaran harus antara RM2,500 hingga RM3,000 atau lebih baik daripada yang ada sekarang. Ini terbukti dan bukan teori. Di Jerman, pengalamannya lebih tertumpu kepada TVET, lulusan TVET upahnya lebih tinggi. Kita puluhan tahun pun gajinya mendatar, naik sedikit," katanya.
Anwar berkata demikian pada Program Temu Anwar Kuantan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), di sini, pada Selasa, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Cadangan menambah baik latihan dan kemahiran TVET juga, menurut Anwar pernah disuarakan oleh beberapa pemain industri termasuk Tesla Sdn. Bhd. (Tes-la), pada perbincangan yang berlangsung sebelum ini dengan mencadangkan beberapa elemen tambahan kepada pendidikan kemahiran itu.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#graduan
#TVET
#pekerja berkemahiran tinggi
#teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan