Majlis Keselamatan Negara menegaskan bahawa penggunaan perkataan lockdown masih belum sesuai untuk digunakan berikutan penularan COVID-19 yang telah mencapai tahap pandemik.

Dalam satu kenyataan balas di laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan perkataan tersebut boleh mencetuskan rasa panik dalam kalangan rakyat negara ini.

Ia sekali gus menafikan dakwaan bahawa akan berlaku pelaksanaan lockdown di negara pada Isnin.

Bagaimanapun, pihak KKM menyarankan rakyat negara ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan berada di tempat awam; sebaliknya berada di rumah bermula 8 hingga 10 malam pada Isnin.

Paparan skrin tweet balas dari KKM.

BACA: COVID-19: 190 kes baharu dicatat, jumlah meningkat kepada 428

BACA: Menteri Kesihatan nafi infografik tular 'lockdown' pada Isnin


Jumlah kes yang disahkan positif COVID-19 melonjak dengan 190 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari pada Ahad.

Angka terbaharu itu menjadikan kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 428 kes.