awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan

Bernama
Bernama
22/10/2023
20:20 MYT
Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan
Perkeso Kelantan membantu mengurangkan pengangguran di negeri ini menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan baharu dari Januari 2020 hingga September lepas.
KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan membantu mengurangkan pengangguran di negeri ini menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan baharu dari Januari 2020 hingga September lepas.
Pengarahnya Nora Yaacob berkata setakat Januari hingga bulan lepas, pihaknya sudah mencapai 72 peratus penempatan pekerjaan iaitu sebanyak 5,300.
"Perkeso menyasarkan 6,888 penempatan pekerjaan dicapai sehingga akhir tahun ini menerusi karnival dan temu duga yang dijalankan secara harian, mingguan serta bulanan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MYFuturejobs TVET Kelantan 2023 di sini pada Ahad.
Beliau berkata sasaran itu turut melibatkan program yang dijalankan di pejabat Perkeso dan Pusat Satelit MYFutureJobs melibatkan Kolej Poly-tech MARA (Kota Bharu), MyFutureJobs Centre@UTC Kelantan, Pusat Komuniti Desa (PKD), Bukit Tandak (Rantau Panjang), PKD Alor Jeringai (Bachok), PKD Gual Ipoh (Tanah Merah), PKD Sungai Sam (Kuala Krai), Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Galas (Gua Musang) dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Buloh Kubu (Kota Bharu).
Menurut Nora pihaknya turut membantu golongan bersasar antaranya Orang Kurang Opaya (OKU), golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40), belia dan Orang DiParol (ODP) mendapatkan pekerjaan.
"Komitmen rangkaian majikan yang tampil menyediakan pelbagai peluang kerjaya dengan tawaran gaji maksimum sehingga mencecah RM7,000 dalam bidang profesional, dilihat berupaya memacu sosioekonomi penduduk di Kelantan," katanya.
Beliau berkata Perkeso Kelantan turut membantu pencari kerja yang terkesan akibat COVID-19 dengan mengumpul majikan dan 17,864 kekosongan jawatan, selain dapat mengumpul kira-kira 31,861 pencari kerja melalui pelbagai saluran.
Mengenai Karnival Kerjaya MYFuturejobs TVET Kelantan 2023 yang julung kali diadakan itu, Nora berkata ia memfokuskan terhadap golongan lepasan sekolah atau perantisan daripada latar belakang bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dalam memastikan mereka berpeluang meneroka pekerjaan sesuai dengan kemahiran masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Sahabat Alam Malaysia
#Perkeso Kelantan
#pengangguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan