KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menguatkuasakan siling gaji baharu untuk maksud caruman mulai 1 Sept ini.
Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata dijangka 1.5 juta pekerja atau hampir 19 peratus daripada keseluruhan pencarum Perkeso di seluruh negara terlibat dalam peningkatan siling gaji itu yang merangkumi pekerja tempatan dan pekerja asing.
Beliau berkata peningkatan siling itu susulan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang melibatkan peningkatan had siling gaji bagi maksud caruman daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan.
Katanya langkah meningkatkan siling gaji itu akan menambah baik liputan keselamatan sosial Perkeso menerusi peningkatan kadar bayaran faedah sedia ada sehingga 25.3 peratus.
"Faedah tersebut adalah seperti Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Faedah Orang Tanggungan (FOT), Pencen Penakat dan Pencen Ilat di bawah Akta 4 serta Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) dan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) di bawah Akta 800.
"Mulai September ini, amaun caruman yang akan terpakai bagi pekerja bergaji melebihi RM4,000 sebulan adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, Akta 4 dan Jadual Kedua, Akta 800. Bagi pekerja yang bergaji melebihi RM5,000 sebulan, amaun caruman adalah mengikut had siling gaji RM5,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohammed Azman berkata bayaran caruman hendaklah dibuat oleh majikan mengikut pindaan had siling gaji baharu bagi September ini dan seterusnya.
"Majikan diminta mencatatkan jumlah potongan caruman dalam penyata atau slip gaji pekerja masing-masing bagi tujuan rekod dan aktiviti pemeriksaan oleh Perkeso," katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan sejak penubuhan Perkeso pada 1971 hingga kini, peningkatan siling gaji telah dilaksanakan sebanyak lima kali.
Menurutnya langkah yang dilaksanakan itu sejajar dengan usaha berterusan agensi itu dalam menyediakan perlindungan sosial lebih komprehensif kepada pencarum dan orang tanggungannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022
Mohammed Azman berkata dijangka 1.5 juta pekerja atau hampir 19 peratus daripada keseluruhan pencarum Perkeso di seluruh negara terlibat dalam peningkatan siling gaji itu. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.