PUTRAJAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan pelarasan kos sara hidup bagi penerima faedah berkala sedia ada dan kenaikan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan Perkeso berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, pelaksanaan inisiatif itu adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dengan mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19, peningkatan kos sara hidup dan kenaikan kadar inflasi.
"Pelarasan bayaran faedah berkala Perkeso dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 penerima faedah sedia ada yang akan melibatkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM213 juta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, faedah-faedah Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang dibayar secara berkala merangkumi Pencen Ilat dan Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan serta Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Orang Tanggungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.
Saravanan berkata sehingga kini pelarasan kos sara hidup bagi bayaran faedah berkala Perkeso telah dibuat sebanyak 10 kali di bawah Skim Keilatan sejak 1982 dan 12 kali di bawah Skim Bencana Pekerjaan sejak 1977.
Beliau berkata kadar pelarasan kos sara hidup bagi penerima faedah berkala Perkeso ini adalah antara 0.7 hingga 9.4 peratus mengikut tahun pencen diterima.
Sementara itu, Saravanan berkata pelaksanaan kenaikan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan, Akta 4 akan ditingkatkan daripada kadar pencen minimum sedia ada iaitu sebanyak RM475 sebulan kepada RM550 sebulan.
"Peningkatan kadar pencen mininum ini dijangka akan memanfaatkan kira-kira 56,000 isi rumah di negara ini dalam membantu menangani kenaikan kos sara hidup menerusi peruntukan kewangan sebanyak RM21 juta," katanya.
Saravanan berkata inisiatif tersebut yang diambil kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso diharap dapat meringankan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam pascapandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022

Inisiatif itu adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 dengan mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.
[TERKINI] Lebih 100 kes penyakit berjangkit direkod di PPS di Kelantan
102 kes penyakit berjangkit dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga Ahad.
Ahmad Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
Saya sendiri pun tak tahu akan melakukan perkara tersebut (meletakkan jawatan).Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil. Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.

Hujan lebat berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang 6 hingga 8 Disember
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang pada 6 hingga 8 Dis ini.

Tentera Israel tembak dua ambulans di Semenanjung Gaza
Kejadian itu berlaku di kawasan Faluja di utara Gaza, dengan dua paramedik persatuan itu dan seorang lagi cedera.

Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.

SKSSR: Perlu beri peluang kepada suri rumah 55 tahun ke atas - Gerakan
SKSSR) yang mula dilaksanakan pada 1 Disember 2022 perlu turut dibuka kepada golongan wanita berumur 55 hingga 77 tahun.

Perkeso laksana pelarasan kos sara hidup bermula Januari tahun depan
Inisiatif itu adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 dengan mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia.

Pesawat terhempas: Waris Fajim Juffa layak terima bantuan faedah Perkeso
Waris Allahyarham Fajim Juffa Mohd Mustafa Kamal, jurulatih penerbangan yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Ipoh, layak menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

8,843 majikan baharu mendaftar dengan Perkeso dalam tempoh pemutihan
Ia merupakan peningkatan memberangsangkan iaitu lebih 14 peratus berbanding 7,709 majikan baharu yang mendaftar pada April 2022.

Caruman KWSP, Perkeso artis antara dibincang dalam 'task force' industri kreatif - Zahidi
K-KOMM sedang berbincang tentang bagaimana untuk mempergiatkan lagi usaha menjaga kebajikan artis termasuk dalam hal membabitkan royalti.

Peruntukan RM21.18 juta kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA di N. Sembilan
Caruman kerajaan bagi Pakej Program SPS Lindung Perkeso juga diteruskan tahun ini kepada imam, bilal, siak dan guru takmir.