awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso sediakan kit ujian kendiri kepada majikan - Saravanan

Bernama
Bernama
07/10/2021
06:59 MYT
Perkeso sediakan kit ujian kendiri kepada majikan - Saravanan
Kata Saravanan, bermula semalam, Perkeso membekalkan kit ujian saringan jenis RTK Antigen kepada majikan yang menjalankan proses saringan COVID-19 pekerja mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan membekalkan kemudahan kit ujian kendiri COVID-19 di bawah Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan bagi majikan yang melaksanakan ujian saringan kepada pekerja.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata, majikan yang belum memohon untuk program itu boleh memilih jenis kit ujian yang ingin dilaksanakan sama ada Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen yang dilakukan secara profesional di klinik atau kit ujian kendiri yang boleh dilakukan pekerja sendiri.
"Bermula semalam, Perkeso membekalkan kit ujian saringan jenis RTK Antigen kepada majikan yang menjalankan proses saringan COVID-19 pekerja mereka. Setakat ini, Perkeso menerima 230,000 permohonan daripada majikan bagi mendapatkan kit ujian (RTK Antigen) itu.
"Kedua-dua jenis kit ujian ini akan dibekalkan kepada majikan berdasarkan bilangan pekerja yang aktif mencarum dengan Perkeso," katanya dalam kenyataan hari ini.
Saravanan berkata inisiatif itu bertujuan membantu majikan melaksanakan ujian saringan COVID-19 dengan lebih mudah dan pantas.
Menerusi program itu, beliau berkata majikan bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 bersama klinik pilihan mereka, selain perlu menanggung kos perkhidmatan bagi ujian saringan.
Maklumat lanjut termasuk proses permohonan berhubung Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan boleh diperoleh di laman sesawang rasmi Perkeso di www.perkeso.gov.my atau menghubungi Careline Perkeso di talian 1300-22-8000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kit ujian
#COVID-19
#kesihatan
#perkeso
#Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan