awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Kerajaan lulus insentif cukai modal teroka pacu pelaburan pemula niaga - Amir Hamzah
MALAYSIA
Nahas FRU: Mahkamah keluar waran tangkap pemilik syarikat lori
GADGETS
Drunken Master, Once Upon a Time in China antara 100 filem kung fu dibaik pulih guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas

Bernama
Bernama
11/02/2025
20:30 MYT
Sponsor Banner
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
Suhara berkata daripada jumlah itu RM11.4 juta dibayar kepada OB yang mengalami hilang upaya kekal pukal melibatkan 136 kes. - Gambar fail/Perkeso
JERTIH: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada orang berinsurans (OB) dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
Pengarahnya, Suhara Mustaffa berkata, daripada jumlah itu RM11.4 juta dibayar kepada OB yang mengalami hilang upaya kekal pukal melibatkan 136 kes.
"Kadar bayaran kedua tertinggi sebanyak RM7.08 juta dibayar kepada pencarum yang mengalami hilang upaya sementara melibatkan 871 kes.
"PERKESO Terengganu juga telah membayar pencen penakat berjumlah RM1.628 juta kepada waris OB yang telah meninggal dunia melibatkan 92 kes," katanya kepada pemberita selepas sesi penyerahan faedah PERKESO kepada waris Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu, Allahyarham Nasrul Hadi Saiadin di Kampung Raja, di sini, petang Selasa.
Beliau berkata, faedah ilat pula dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan berjumlah RM570, 279 melibatkan 48 kes.
Selebihnya, beliau berkata, melibatkan beberapa faedah lain iaitu hilang upaya kekal berkala, hilang upaya kekal pukal dan berkala serta faedah orang tanggungan.
Pada sesi hari ini, Suhara menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 secara sekali beri kepada Wan Muzalisa Aini Wan Mohamad, 46, yang merupakan balu Allahyarham Nasrul Hadi.
Nasrul Hadi yang merupakan pencarum PERKESO meninggal dunia lewat petang Ahad lepas di Hospital Tanah Merah, Kelantan dipercayai akibat serangan jantung.
Sebelum itu, Allahyarham bersama isteri dan lima anak dalam perjalanan dari Kedah ke Terengganu.
"Caruman Allahyarham juga melayakkan isteri menerima Faedah Pencen Penakat seumur hidup secara bulanan, sementara semua lima anaknya layak menerima pencen sama hingga mereka berumur 21 tahun atau berkahwin atau hingga mendapat ijazah pertama," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#pembayaran faedah
#pencen
#Ijazah Pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami