awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan 5G capai 70.2 peratus liputan kawasan berpenduduk - Fahmi

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/10/2023
03:20 MYT
Perkhidmatan 5G capai 70.2 peratus liputan kawasan berpenduduk - Fahmi
Fahmi berkata, sebanyak 5,873 tapak 5G juga sudah siap dibangunkan sehingga tempoh sama. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan rangkaian 5G telah mencapai 70.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 30 September 2023.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sebanyak 5,873 tapak 5G juga sudah siap dibangunkan sehingga tempoh sama.
Menurutnya, angka itu menunjukkan pelaksanaan rangkaian 5G kini sedang giat dijalankan Digital Nasional Berhad (DNB) dengan sasaran menyiapkan 7,509 tapak 5G di seluruh negara, dengan 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.
“Sehingga 30 September 2023, sebanyak 5,873 tapak 5G telah siap dibangunkan, di mana perkhidmatan 5G telah mencapai 70.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 30 September 2023.
“Bagi jumlah langganan, sebanyak 2.49 juta langganan telah direkodkan, bersamaan 7.4 peratus kadar penembusan.
“Sehingga kini enam syarikat pemberi perkhidmatan mudah alih telah menawarkan pelan komersial 5G.
“Tambahan, untuk makluman Yang Berhormat Titiwangsa (Datuk Seri Johari Abdul Ghani), pada 31 Ogos lalu, kerajaan telah mengumumkan pakej 5G Rahmah.
“Sukacita saya memaklumkan, dalam tempoh sebulan antara 31 Ogos, hingga hujung September. Terdapat 50,991 orang yang telah melanggan dengan pakej 5G Rahmah,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN - Titiwangsa) yang bertanya perkembangan terkini perkhidmatan rangkaian 5G di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Digital Nasional Bhd
#Fahmi Fadzil
#rangkaian 5G
#JOHARI ABDUL GHANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan