awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar

Bernama
Bernama
08/12/2023
03:15 MYT
Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar
Datuk Seri Zulkapli Mohamed berkata, penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.
PUTRAJAYA: Penjawat awam tekad melaksanakan agenda pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan terbaik dan berintegriti untuk negara sebagai melunaskan kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perkhidmatan awam.
Berkongsi aspirasi perkhidmatan awam sempena setahun Kerajaan Perpaduan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zulkapli Mohamed berkata, penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.
"Kita sebagai penjawat awam beri perkhidmatan 100 peratus dan itu sangat jelas. Saya rasakan Perdana Menteri seorang pemimpin yang mahu bawa negara ke tahap lebih baik," katanya dalam pertemuan dengan Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata, Perdana Menteri amat menekankan kebajikan warga perkhidmatan awam melalui arahan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), peningkatan prasarana dan pembangunan infra.
"Perdana Menteri ini kita lihat beliau bukan sahaja tingkat kebajikan rakyat biasa tetapi penjawat awam juga dan ia terserlah dari segi pemberian untuk meningkatkan prasarana dan tempat tempat tinggal," katanya
Zulkapli berkata, fokus Perdana Menteri supaya penjawat awam muda diberikan latihan dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI) membuktikan kerajaan pimpinannya ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai banyak bakat besar.
"Jadi kita perlu sama-sama meraikan hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan dan seterusnya jadikan Malaysia sebuah negara talent pool," katanya.
Beliau berkata, konsep MADANI perlu dihayati dan ditekankan dalam perkhidmatan awam bagi melahirkan penjawat awam yang berakhlak dan berintegriti.
Pada 7 Nov lepas, Anwar berkata, kerajaan akan menyalurkan peruntukan antara RM30 juta dan RM40 juta bagi melatih penjawat awam muda dalam bidang khusus serta baharu seperti AI dan peralihan tenaga, dan latihan itu dilihat sebagai keperluan mendesak kerana negara amat bergantung kepada konsultan luar yang menelan kos tinggi.
Terdahulu pada 19 Jan, Anwar memperkenalkan Malaysia MADANI sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia. MADANI itu diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan awam
#penjawat awam
#Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan