awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan Doktor Udara Sarawak terima sumbangan peralatan daripada AS

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2025
07:11 MYT
Perkhidmatan Doktor Udara Sarawak terima sumbangan peralatan daripada AS
Upacara simbolik penyerahan peralatan perubatan di Hangar Layang-Layang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. - Foto Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat
KUCHING: Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia menyumbang pelbagai peralatan perubatan kepada Perkhidmatan Doktor Udara Sarawak bagi memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat luar bandar khususnya pedalaman.
Majlis penyerahan berlangsung di Hangar Layang-Layang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan disempurnakan oleh Chargé d’Affaires David “Chip” Gamble bersama Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr. Veronica Lugah.
sumbangan pelbagai peralatan perubatan daripada Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia
Chargé d’Affaires David “Chip” Gamble bersama Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr. Veronica Lugah ketika menghadiri majlis penyerahan sumbangan pelbagai peralatan perubatan. - Foto Pejabat Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia.
Antara peralatan disumbangkan termasuk mesin ultrasound mudah alih, penumpu oksigen mini (mini oxygen concentrator), beg perubatan khas, nebulizer, automated external defibrillator (AED), monitor tanda vital, penimbang digital .dan termometer imbas
Gamble berkata Amerika Syarikat komited menyokong usaha Sarawak memperluaskan akses rawatan kesihatan di kawasan luar bandar.
“Sumbangan ini mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Sarawak dan mengukuhkan hubungan jangka panjang dengan Malaysia," jelasnya.
Sementara itu, Dr. Veronica menzahirkan penghargaan atas sokongan yang diberikan dan menegaskan sumbangan ini akan meningkatkan keberkesanan pasukan perubatan dalam memberi rawatan kecemasan di kawasan terpencil.
Sumbangan hari ini adalah fasa kedua pakej peralatan perubatan bernilai RM250,000 yang disediakan kepada Sabah dan Sarawak.
Pada 29 Mei lalu, Pasukan Sokongan Awam-Ketenteraan Amerika Syarikat bekerjasama dengan Perkhidmatan Doktor Terbang Sabah untuk menghantar peralatan perubatan kritikal di Kota Kinabalu.
Ditubuhkan pada 1973 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Perkhidmatan Doktor Udara telah menjadi nadi bagi komuniti luar bandar yang tidak dapat diakses menggunakan jalan darat bagi menerima rawatan
Topic Berkaitan
#Perkidmatan Doktor Udara
#Amerika Syarikat
#Sarawak
#David Chip Gamble
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan