GEORGE TOWN: Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung Program MADANI Rakyat (PMR) Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pulau Pinang Abdul Kahar Abdullah berkata perkhidmatan feri percuma itu disediakan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU).
"Dari jeti (PSAH) akan disediakan bas perantara percuma ke Tapak Pesta Pulau Pinang. Bas percuma juga disediakan kepada pengunjung dari tapak parkir di Universiti Sains Malaysia (USM) dan pusat beli-belah Queensbay Mall.
"Kita tahu tapak pesta ini kawasan yang agak padat, jadi pengunjung digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan awam. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuat persediaan bagi mengatasi kesesakan lalu lintas," katanya semasa sesi temu bual di radio Mutiara FM pada Isnin.
Beliau berkata pengangkutan bas percuma itu akan beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam bagi ketiga-tiga hari berkenaan.
Abdul Kahar memaklumkan program yang turut menawarkan 196 perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan melalui 32 reruai itu dijangka menarik kehadiran 200,000 hingga 300,000 pengunjung kerana melibatkan tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Selain itu, beliau berkata penawaran diskaun hingga 50 peratus di kaunter bayaran saman trafik PDRM, lebih 1,582 peluang pekerjaan, cabutan bertuah, 66 jualan keusahawanan tempatan dan Program Jualan MADANI yang menjual barang keperluan seperti beras dan ayam juga disediakan.
Program itu juga katanya, sesuai dan boleh dikunjungi oleh semua golongan kerana pelbagai aktiviti ditawarkan mengikut kesesuaian umur termasuk kanak-kanak.
Beliau berkata majlis perasmian penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Mei ini yang diadakan sekali dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024.
Program MADANI Rakyat Zon Utara bakal menumpukan kepada agenda berkaitan kesejahteraan rakyat, perpaduan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pengangkutan awam bersepadu.
Turut menjadi tumpuan ialah pertanian dan keterjaminan makanan, karnival kerjaya, pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kecerdasan buatan (AI), selain pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus kepada rakyat.
Ia merupakan program anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Pengangkutan dan kerajaan negeri merangkumi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Abdul Kahar berkata perkhidmatan feri percuma itu disediakan dari PSAH di Butterworth ke PRTU. - Foto fail/BERNAMA
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos
Ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa untuk tempoh percubaan.