awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan komuter dan ETS alami gangguan perjalanan hari ini

Bernama
Bernama
19/08/2017
02:21 MYT
Perkhidmatan komuter dan ETS alami gangguan perjalanan hari ini
KTM Berhad sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih dan menjangkakan perkhidmatan tren akan beroperasi seperti biasa pada 4 petang ini. - Gambar fail
Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter akan mengalami gangguan waktu perjalanan antara 20 hingga 30 minit dari jadual asal disebabkan insiden kegelinciran tren kargo yang berlaku di KM386.800, antara laluan Stesen Kuala Lumpur dan Stesen Bank Negara, pada 4.30 pagi tadi.
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula akan mengalami gangguan perjalanan antara 15 hingga 20 minit.
KTM Berhad dalam kenyataan berkata pihaknya sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih dan menjangkakan perkhidmatan tren akan beroperasi seperti biasa pada 4 petang ini.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Sebarang perkembangan terkini berkaitan perkhidmatan tren akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau layari laman web www.ktmb.com.my serta Facebook KTM Berhad dan Twitter @ktm_berhad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ETS
#gangguan
#Keretapi Tanah Melayu
#komuter
#KTMB
#tren kargo tergelincir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan