awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan tren KTMB antara bandar Pantai Timur alami gangguan akibat banjir dan tanah runtuh

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2016
09:25 MYT
Perkhidmatan tren KTMB antara bandar Pantai Timur alami gangguan akibat banjir dan tanah runtuh
Para penumpang perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tren antara bandar di Pantai Timur dijangka mengalami gangguan ekoran kejadian banjir dan tanah runtuh. - Gambar fail
Para penumpang perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tren antara bandar di Pantai Timur dijangka mengalami gangguan ekoran kejadian banjir dan tanah runtuh.
KTMB dalam satu kenyataan berkata banjir dan tanah runtuh terbabit berlaku di km392.5 antara Bukit Abu - Dabong, Kuala Krai pada jam 8.30 pagi tadi.
“Semua perkhidmatan tren di antara laluan Kuala Krai - Gua Musang - Kuala Krai akan digantung sementara sehingga dimaklumkan kemudian,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No 26 (JB - Tumpat) perkhidmatan tren tamat di Dabong dan para penumpang akan meneruskan perjalanan ke Tumpat dengan menggunakan bas.
Bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No 27 (Tumpat – Johor Bahru), para penumpang akan menaiki bas dari Tumpat ke Gua Musang dan akan meneruskan perjalanan ke Johor Bahru menggunakan tren.
“KTMB memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi,” menurut kenyataan itu lagi.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi talian at 03 2267 1200 dan layarai laman web www.ktmb.com.my.
Topic Berkaitan
#Dabong
#Keretapi Tanah Melayu Berhad
#KTMB
#Kuala Krai
#perkhidmatan terganggu
#tren intercity Bukit Abu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan