awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkukuh pentadbiran kehakiman syariah selaras aspirasi Malaysia MADANI

Bernama
Bernama
27/10/2025
20:40 MYT
Perkukuh pentadbiran kehakiman syariah selaras aspirasi Malaysia MADANI
Mohd Na'im (tengah) bersama Ketua Pengarah Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Datuk Mohd Amran Mat Zain (kanan) di Persidangan Penolong Pegawai Syariah dan Pembantu Syariah Seluruh Malaysia Tahun 2025 pada Isnin. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Persidangan Penolong Pegawai Syariah dan Pembantu Syariah 2025 merupakan platform strategik bagi memperkukuh hala tuju pentadbiran kehakiman syariah agar selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, persidangan selama tiga hari bermula hari ini itu menumpukan kepada empat dimensi atau matlamat antaranya menyatukan aspirasi dan semangat warga kehakiman syariah.
"Ini supaya hala tuju mahkamah syariah berpaksikan nilai-nilai MADANI dan bukan hanya penyelarasan dasar, tetapi penyatuan misi dan jiwa penjunjung keadilan Islam.
"Dimensi seterusnya adalah untuk memperkukuh pemerkasaan perkhidmatan kehakiman dan perundangan syariah dengan kekuatan institusi bukan hanya pada hakim, tetapi pada barisan pelaksana iaitu penolong pegawai syariah dan pembantu syariah," katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Persidangan Penolong Pegawai Syariah dan Pembantu Syariah Seluruh Malaysia 2025, di sini, pada Isnin yang dihadiri kira-kira 200 peserta yang mengangkat tema 'Memperkukuh Ukhuwah, Memantap Institusi'.
Mohd Na'im berkata, persidangan berkenaan adalah usaha untuk memperkasakan fungsi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai agensi penyelaras kehakiman syariah di peringkat nasional dalam memastikan keseragaman pentadbiran dan kefahaman hukum syarak di seluruh negeri.
Di samping itu, beliau berkata, ia juga merupakan platform untuk membangunkan laluan kerjaya dan potensi kumpulan pelaksana, agar mereka menjadi tenaga profesional yang berilmu, berintegriti dan beradab Islamiah.
Dalam majlis sama, Mohd Na'im turut melancarkan logo rasmi Persatuan Ikatan Kumpulan Sokongan Syariah Malaysia (IKSYAM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah syariah
#IKSYAM
#logo rasmi
#platform strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami