awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis sokong cadangan VEP untuk kenderaan Thailand

Bernama
Bernama
18/08/2014
07:34 MYT
Perlis sokong cadangan VEP untuk kenderaan Thailand
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man
Kerajaan negeri Perlis menyokong cadangan untuk mengenakan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) terhadap kenderaan asing dari Thailand yang memasuki Malaysia.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yakin kutipan VEP di pintu masuk sempadan Malaysia/Thailand di Padang Besar dan Wang Kelian tidak akan menjejaskan kemasukan kenderaan dari negara jiran itu.
"Kesan levi (VEP) itu dijangka tidak lama walaupun kerajaan Thailand mungkin mengambil tindakan sama mengenakan levi terhadap kenderaan Malaysia yang memasuki negara itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata hasil levi itu nanti boleh dikembalikan kepada Perlis untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.
Kerajaan Negeri Kedah pada Julai mencadangkan VEP dikenakan terhadap kenderaan asing dari Thailand ekoran keputusan kerajaan pusat bersetuju untuk mengenakan VEP ke atas kenderaan asing dari Singapura.
Azlan berkata mengikut rekod tahun 2013, lebih 714,000 kenderaan Thailand memasuki Malaysia melalui Padang Besar dan Wang Kelian berbanding lebih 400,000 kenderaan rakyat negara ini memasuki Thailand di kedua-dua pintu masuk itu.
Beliau juga mencadangkan kepada kerajaan pusat supaya mengehadkan kemasukan kenderaan Thailand yang membawa pelancong ke Malaysia setakat Kangar sahaja dan selepas itu diambil alih oleh pengusaha pengangkutan tempatan.
Katanya, pada masa ini, kemasukan kenderaan dari Malaysia yang membawa pelancong ke Thailand dihadkan sehingga Hatyai, yang kemudian diambil alih pengusaha pengangkutan negara itu.
"Kita boleh lihat kenderaan-kenderaan Thailand bebas membawa pelancong sehingga Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Baharu. Perkembangan ini tidak membantu syarikat-syarikat pengangkutan tempatan.
"Kerajaan pusat harus memikirkan isu ini yang berlanjutan agak lama tapi saya pasti kesannya terhadap industri pelancongan antara kedua-dua negara hanya sementara," katanya.
Topic Berkaitan
#Azlan Man
#levi
#Perlis
#Permit Masuk
#Thailand
#VEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan