awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak terus berkurang
Indonesia saman enam syarikat, tuntut lebih AS$200 juta susulan kerosakan alam sekitar di zon banjir
Paracetamol/Tylenol selamat digunakan semasa kehamilan - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis sudah nyatakan hasrat laksanakan TEMCO - MB

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
08/08/2020
10:49 MYT
Perlis sudah nyatakan hasrat laksanakan TEMCO - MB
Azlan turut menasihatkan seluruh penduduk di negeri Perlis untuk mematuhi segala arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan ke kawasan-kawasan lain. - Astro AWANI
Kerajaan negeri Perlis sudah memaklumkan mengenai cadangan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (Pentadbiran) atau TEMCO di dua buah kampung di Sanglang kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, keputusan sama ada penguatkuasaan perintah terbabit akan dilaksanakan ataupun tidak akan bergantung kepada keputusan ujian saringan COVID-19 ke atas 872 orang penduduk di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.
"Saya dah maklumkan kepada YB Menteri yang berkenaan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri, dan pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) negeri juga telah kemukakan perakuan yang telah dipersetujui di peringkat negeri Perlis.
"Kita pun telah dimaklumkan semasa saya berjumpa dengan yang berhormat menteri kelmarin, dan apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh urusetia pusat, kita ikut. Tapi kita telah mencadangkan supaya dikuatkuasakan TEMCO bagi dua kampung yang berkenaan pada peringkat permulaan," jelasnya.
Beliau berkata demikian berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Seni Silat Negeri Perlis, di sebuah hotel di Kangar pada Sabtu.
Azlan turut menasihatkan seluruh penduduk di negeri Perlis untuk mematuhi segala arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan ke kawasan-kawasan lain.
Pada Jumaat, beliau menyatakan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (Pendtadbiran) atau TEMCO berkemungkinan besar akan dilaksanakan di kawasan Sanglang, Perlis susulan penularan wabak COVID-19 Kluster PUI Sivagangga di kawasan itu.
Jelas beliau, pihaknya melalukan penelitian sebenar berkaitan radius yang melibatkan dua buah kampung yang dikaitkan dengan penularan Kluster Sivagangga iaitu di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.
Topic Berkaitan
#Azlan Man
#COVID-19
#Kampung Kuala Sanglang
#Kampung Tanah Timbul
#Kluster Sivagangga
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Pendtadbiran
#Perlis
#Sanglang
#TEMCO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan