awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis tetapkan zakat fitrah RM7

Bernama
Bernama
22/03/2023
03:40 MYT
Perlis tetapkan zakat fitrah RM7
Umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya dalam talian melalui laman portal MAIPs. - Gambar hiasan
KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan bayaran zakat fitrah di negeri ini kekal dengan kadar RM7.
MAIPs menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kadar tersebut diperkenankan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah mendapat nasihat daripada Persidangan Mesyuarat MAIPs yang telah memperakukan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bahawa ia berdasarkan harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.
Menurut kenyataan itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat melancarkan kadar berkenaan di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah, Bukit Keteri, hari ini.
"Selain bayaran tunai melalui Amil MAIPs, umat Islam yang ingin menunaikan zakat fitrah dengan beras, boleh mengeluarkannya sebanyak satu gantang Nabawi bagi setiap seorang yang bersamaan dengan berat 2.6 kilogram," titah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua MAIPs.
Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.
Sementara itu menerusi kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan zakat fitrah sepertimana yang ditetapkan bagi dirinya, anak isteri, begitu juga tanggungannya.
"Umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya dalam talian melalui laman portal MAIPs di www.maips.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#zakat fitrah
#Puasa 2023
#MAIPs
#BukalahHati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan