awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis tutup premis judi terakhir

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/03/2024
03:10 MYT
Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Fakhrul Anwar berkata, walaupun penutupan pusat perjudian akan menyebabkan kerugian ekonomi, kerajaan negeri sanggup mengorbankan jumlah tahunan RM2,544 hasil daripada lesen operasi itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perlis menjadi negeri terbaharu dalam negara yang menghentikan dan menutup premis perjudian secara berperingkat selepas penutupan cawangan permainan 4D terakhir di negeri itu, pada Khamis.
Memetik laporan New Straits Times, cawangan Da Ma Cai yang terletak di Padang Besar telah menghentikan operasi pada 6 Mac.
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.
Ini berikutan pengumuman kerajaan negeri yang tidak akan memperbaharui lesen operasi untuk kedai perjudian.
Walaupun penutupan pusat perjudian akan menyebabkan kerugian ekonomi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Fakhrul Anwar Ismail berkata, kerajaan negeri sanggup mengorbankan jumlah tahunan RM2,544 hasil daripada lesen operasi.
“Pertimbangan utama kerajaan negeri ialah keharmonian sosial dan demi kepentingan umum.
"Maka kerajaan negeri sanggup mengorbankan hasil tahunan RM2,544 yang dibayar kepada MPKP,” katanya dalam laporan berita pada Jun tahun lalu.
Perlis menjadi negeri keempat di bawah pentadbiran Pas yang menghentikan pengeluaran lesen untuk pusat perjudian selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Sejak Jan 2023, Kedah telah menutup semua 45 premis perjudian, manakala Kelantan dan Terengganu masing-masing telah mengenakan larangan itu sejak 1990 dan 2020.
Sementara itu, orang ramai dilihat pergi ke cawangan Perlis itu sebelum ia dihentikan operasi.
Malah ada yang pergi ke cawangan Da Ma Cai Pulau Pinang, yang terdekat dengan negeri itu, untuk mengutip wang pertaruhan mereka.
Seorang pekerja di kedai itu memberitahu akhbar berbahasa Cina, mereka melihat lebih ramai pengunjung daripada biasa kerana mengetahui ia adalah hari terakhir.
Topic Berkaitan
#Premis judi
#Perlis
#judi
#tutup premis judi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan