Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan berkata perlu ada batasan tertentu dalam kebebasan bersuara dan tindakan mendakwa beberapa individu baru-baru ini mengikut Akta Hasutan 1948 adalah bagi mengelak kemungkinan berlaku kekacauan di negara ini.
Beliau berkata kerajaan mempunyai keyakinan penuh terhadap keadilan badan kehakiman dan Jabatan Peguam Negara dalam mengendali kes di bawah Akta Hasutan.
"Pejabat AG mempunyai kuasa mutlak untuk mendakwa mana-mana individu yang melakukan kesalahan menghasut dan kerajaan tidak akan campur tangan dalam hal ini," katanya dalam sesi soal jawab sidang pleno bertajuk 'Hard Talk on Human Rights,' pada hari kedua Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.
Low berkata meskipun Majlis Peguam dan beberapa kumpulan pendesak menentang Akta Hasutan, kerajaan perlu mendengar pandangan yang menyokong agar undang-undang itu dikekalkan.
Beliau juga berkata sejak pilihan raya umum ke-13, 'keadaan semakin panas' dan kenyataan yang dikeluarkan sering mengundang kebencian serta ketakutan dalam kalangan orang ramai.
"Malah terdapat gesaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih dan ini jelas menunjukkan bahawa sebarang kebebasan yang mereka tuntut perlu disertai tanggungjawab," katanya.
Menyentuh isu lain, Low berkata kerajaan komited untuk melibatkan lebih banyak masyarakat sivil, termasuk Majlis Peguam, dalam usaha menambah baik semua undang-undang berkaitan hak asasi manusia.
Menjawab beberapa soalan panas, Low yang juga bekas Presiden Transparency International Malaysia, berkata kerajaan kini meneliti beberapa kaedah bagi menangani penyalahgunaan kuasa terutama dalam kalangan agensi penguatkuasaan.
Beliau berkata antara langkah diambil ialah terus memperkukuh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), yang terletak di bawah skop kementeriannya dan memantau 19 agensi penguatkuasaan, termasuk pasukan polis.
"Kami akan mengambil lebih ramai pegawai penyiasat untuk ditempatkan di EAIC dan seorang pesuruhjaya sepenuh masa bagi meneliti semua aduan yang diterima agensi berkenaan," katanya.
Low turut mendedahkan 90 peratus aduan yang diterima EAIC adalah berkaitan pasukan polis.
Bernama
Thu Sep 25 2014
PAUL LOW: Perlu ada batasan dalam kebebasan bersuara
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.