awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu ada had tertentu bantu etnik Rohingya

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
26/10/2018
05:22 MYT
Perlu ada had tertentu bantu etnik Rohingya
'Isu Rohingya ini telah menjadi beban kepada kita (Malaysia) dan kita telah berdepan perkara ini sejak 30 tahun lalu.' - Gambar fail
Pengarah Eksekutif ASEAN Rohingya Center (ARC) Dr Helmi Ibrahim mahukan had tertentu diletakkan dalam situasi Malaysia membantu etnik Rohingya.
Menurut Helmi, Myanmar disifatkan mengambil kesempatan dengan kesediaan negara jiran membantu etnik berkenaan, hingga mereka memilih untuk berdiam diri.
“Isu Rohingya ini telah menjadi beban kepada kita (Malaysia) dan kita telah berdepan perkara ini sejak 30 tahun lalu.
“Ia juga telah menyebabkan kita (Malaysia) terpaksa berdepan dengan masyarakat Rohingya. Kita faham mereka tiada negara dan atas dasar berperikemanusiaan kita terima merka.
“Tetapi persoalannya pada waktu ini, isu ini perlu ada titik penghujung agar Myanmar tidak terus berdiam diri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Jumaat.
Helmi turut berpendapat, di pihak Malaysia persoalan bagaimana cara mengembalikan hak-hak Rohingya perlu diperhalusi.
Beliau mengulas pandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Rohingya terus menjadi beban kepada ASEAN.
“Baru-baru ini, ASEAN ada mengemukakan hasrat untuk mengambil tindakan dengan menghantar semula pelarian Rohingya dari negara ASEAN kembali ke Myanmar. Pada pandangan saya, perkara ini perlu diperhalusi lagi terutamanya cara-cara bagaimana untuk mengembalikan hak asasi mereka,” tegasnya.
BACA: Krisis Rohingya: Malaysia terpaksa campur tangan - Tun Mahathir
Terdahulu, Dr Mahathir berkata, walaupun Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak campur tangan dalam isu dalaman negara-negara lain, namun isu Rohingya kini terpalit kepada Malaysia.
Topic Berkaitan
#ARC
#ASEAN
#Aung San Suu Kyi
#Dr Helmi Ibrahim
#Myanmar
#pelarian
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan