awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman

Bernama
Bernama
07/06/2023
14:15 MYT
Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni menjelaskan ketika negara dilanda wabak COVID-19 pada 2019, ventilator menjadi keperluan mendesak dan dibeli secara perolehan darurat tanpa perjanjian khusus dengan pembekal. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Setiap proses perolehan darurat Kementerian Kesihatan (KKM) pada masa akan datang perlu mempunyai perjanjian khusus dengan pembekalan bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni menjelaskan ketika negara dilanda wabak COVID-19 pada 2019, ventilator menjadi keperluan mendesak dan dibeli secara perolehan darurat tanpa perjanjian khusus dengan pembekal.
Beliau berkata harga ventilator ketika itu naik mendadak kerana diklasifikasikan sebagai produk komoditi serta dijual secara cash and carried dan disebabkan pergerakan keluar masuk ke negara pengeluar seperti China amat terhad, maka pembekal mengemukakan cadangan ventilator secara katalog dan brosur.
"Bagi tujuan perolehan, KKM telah menetapkan spesifikasi ventilator kepada pembekal dan pemilihan peralatan dibuat menerusi katalog kerana kekangan pergerakan untuk memeriksa peralatan secara fizikal.
"Ini merupakan antara punca pembekal ketika darurat tersebut mengambil kesempatan dengan sediakan peralatan ventilator yang tidak mengikut spesifikasi yang kita mohon," katanya ketika menggulung perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 bagi kementerian itu.
Justeru katanya, sekiranya negara sekali lagi berdepan situasi darurat, satu sistem yang lebih teratur perlu dibuat dengan menyediakan perjanjian khusus kepada pembekalan walaupun menerusi perolehan secara darurat.
Sementara itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) ketika mencelah sesi itu berpandangan syarikat pembekalan yang mengambil kesempatan wajar disenarai hitam dan tidak dibenarkan membekal peralatan kepada KKM pada masa akan datang.
"Pembekal sepatutnya mempunyai tanggungjawab moral untuk sediakan ventilor yang boleh digunakan walaupun (KKM) tidak periksa kualitinya," katanya.
Sementara itu, menjawab isu pemilikan aplikasi MySejahtera, Lukanisman berkata aplikasi kesihatan itu adalah milik KKM sepenuhnya dan kerajaan mempunyai hak penuh atas pengguna platform itu menerusi lesen platform kekal atau perpetual license.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perolehan darurat KKM
#perjanjian khusus
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan