awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
Raja Jordan terima undangan Trump sertai Lembaga Keamanan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu beri cuti am bergaji kepada pekerja: MEF

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2021
21:30 MYT
Perlu beri cuti am bergaji kepada pekerja: MEF
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan Jumaat sebagai Cuti Khas Peristiwa sempena kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) menjuarai Piala Malaysia. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Syarikat bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diperuntukkan untuk memberi cuti am bergaji kepada pekerja bagi mematuhi subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) Wilayah Persekutuan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, ia susulan pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh Wilayah Persekutuan pada Jumaat.
“Syarikat yang perlu beroperasi pada tarikh cuti tersebut boleh sama ada menggantikannya dengan persetujuan pekerja kepada hari lain sebagai cuti umum bergaji pada kadar yang ditetapkan untuk kerja hari kelepasan am.
“Harap maklum bahawa cuti umum tersebut pada 3 Disember 2021 adalah bukan di bawah bidang kuasa Seksyen 60D (1) (b) Akta Pekerjaan 1955 kerana ia diisytiharkan di bawah Seksyen 9 (2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 dan tidak diisytiharkan di bawah Seksyen 8 Akta 1951,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada Selasa, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan Jumaat sebagai Cuti Khas Peristiwa sempena kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'azim (JDT) pada Isnin.
BACA: Piala Malaysia 2021: Wilayah cuti Jumaat
Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata, jika syarikat menyambut cuti umum itu dan hari berkenaan ialah hari rehat pekerja, maka syarikat hendaklah memberikan cuti am bergaji selepas hari rehat pekerja itu.
Menurutnya, peraturan tersebut telah ditetapkan menurut Seksyen 60D (1) Akta Pekerjaan 1955.
“Syarikat juga dinasihatkan supaya menurut Seksyen 60D (2) daripada Akta Kerja 1955 iaitu pekerja yang tidak hadir bekerja pada hari bekerja sejurus sebelum atau selepas cuti umum tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada majikannya tidak berhak mendapat apa-apa gaji hari kelepasan untuk cuti atau hari kelepasan berturut-turut.
"Melainkan dia mempunyai alasan munasabah untuk ketidakhadiran tersebut,” ujar beliau.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#cuti bergaji
#MEF
#Piala Malaysia
#Hari Pelepasan Am
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan