Amerika Syarikat (AS) perlu mendedahkan identiti yang disebut dalam dokumen saman Jabatan Kehakiman (DOJ) yang dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1'.
Ketua Wira Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris berkata ia sekali gus akan melenyapkan persepsi rakyat negara ini mengenai misteri individu yang dilibatkan dengan syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.
"Gesaan kepada AS itu juga akan mengelakkan sebarang spekulasi terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kita minta kalau boleh AS jelaskan dalam penerangan agar rakyat kita tidak ditipu oleh isu money laundering dan beberapa kes yang amat berat.
"Kita gesa supaya perkara ini jangan ada seperti tutup-tutup, apakah yang 'Malaysian Official 1' lakukan. Kita rakyat Malaysia hendak tahu siapa yang menipu dan ditipu," katanya selepas menghantar memorandum ke Kedutaan AS di sini hari ini.
Memorandum diterima Pegawai Keselamatan Kedutaan AS, Brain Cumming.
Sebelum ini, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyarankan kerajaan agar bersikap telus dan jujur dalam melaksanakan siasatan mengenai 1MDB.
Tegasnya, pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu menyembunyikan kebenaran dalam perkara berhubung siasatan 1MDB.
Peguam Negara AS, Loretta Lynch sebelum ini memaklumkan beberapa individu menyalahgunakan dana syarikat 1MDB.
Tambah Lynch, individu tersebut memasukkan sejumlah dana ke akaun bank peribadi mereka.
Lynch turut berharap dana yang disalahgunakan ini akan dibawa kembali ke Malaysia.
Wan Syamsul Amly
Mon Jul 25 2016
IRWAN FAHMI: Gesaan kepada AS itu juga akan mengelakkan sebarang spekulasi terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -Gambar fail
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AS saman Google kerana monopoli tidak sah
Syarikat itu didakwa mencabuli Akta Persaingan bagi mengekalkan monopoli dalam enjin pencarian dan pengiklanan dalam talian.
Goldman Sachs bebas tuduhan urus niaga bon 1MDB
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud untuk menarik balik semua pertuduhan.
Mulakan pendakwaan terhadap Huawei, hubungan AS-China semakin tegang
AS akan mengemukakan permohonan rasmi ekstradisi ke atas Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou, dari Kanada.
DoJ latih hakim Malaysia kendali jenayah moden
DoJ sangat aktif dalam mendedahkan dan melatih para hakim dan pegawai kehakiman untuk menangani jenayah moden.
Leonardo DiCaprio beri keterangan siasatan 1MDB
Bagaimanapun, perincian prosiding tersebut tidak dapat disahkan susulan prosiding yang dijalankan secara rahsia.
Pendakwaan Jho Low: Semua orang tertakluk kepada undang-undang - Najib
Terserah kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk mengenakan pertuduhan kepada Jho Low, kata Datuk Seri Najib Razak.
Mahkamah izinkan Equanimity dijual
Mahkamah Admiraliti hari ini memberi keizinan kepada kerajaan serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua anak syarikat untuk menjual kapal mewah 'Equanimity'.
Sah! Jet peribadi mewah, Bombardier 5000 berada di Singapura
Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.
PM ucap terima kasih pada Jokowi kembalikan kapal 'Equanimity' kepada Malaysia
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Indonesia kerana bekerjasama dalam mengembalikan kapal mewah 'The Equanimity' kepada Kerajaan Malaysia.
Rais Yatim soal kemampuan Najib bayar peguam bela AS
Tindakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikritik, kerana bakal menelan kos guaman yang tinggi.