awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu jadi kenyataan: BMW 3.0 CSL Hommage

Astro Publication
Astro Publication
25/05/2015
05:19 MYT
Perlu jadi kenyataan: BMW 3.0 CSL Hommage
Sesuatu yang cukup ‘hijau’ muncul di pameran kereta yang khas untuk model-model bersejarah dan juga prototaip/konsep iaitu Concorso d’Eleganza Villa d’Este. Acara yang diadakan di tepi Tasik Como, Itali, BMW telah mempertontonkan model khas yang memberi penghormatan kepada 3.0 CSL klasik – 3.0 CSL Hommage. Sepertimana BMW 328 Hommage (yang mungkin anda telah sempat lihat di acara BMW World Malaysia), 3.0 CSL Hommage ini mendapat inspirasi daripada sebuah model ikonik yang cukup terkenal daripada zaman 70-an. 3.0 CSL yang asal (lihat di bawah) digeruni ketika zaman kegemilang perlumbaan endurance sekitar tahun 70-an. Hanya 1265 unit kereta ini dibina antara tahun 1972 hingga 1975. Maksud CSL itu sendiri adalah terjemahan daripada tiga perkataan bahasa Jerman yang membawa maksud Coupe, Sport dan Ringan (Coupe, Sport, Leichtbau). Antara yang membawa kepada berat yang rendah adalah bahan-bahan yang digunakan seperti aluminium dan kaca plexi. Selain itu, kelengkapan juga terhad kepada yang penting sahaja. Oleh itu, jentera 3.0 CSL yang asal adalah 200kg lebih ringan daripada model 3.0 CS. Hari ini, penggunaan bahan-bahan ringan adalah lebih eksotik. Mengambil tempat aluminium adalah plastik diperkuatkan gentian karbon (CFRP ataupun carbon fibre reinforced plastic) yang mempunyai kekuatan melampaui aluminium.
(Klik untuk galeri penuh) Seperti CSL asal yang pasti mendapat tempat di litar lumba, CSL Hommage ini turut menampilkan pelbagai komponen luaran yang lebih sesuai bagi sebuah kereta trek. Antaranya adalah badan yang aerodinamik dan spoiler besar di belakang. Cermin sisinya langsung tidak konvesional – kerana cermin sisi biasa adalah tidak aerodinamik, tempatnya digantikan dengan kamera kecil. Pemandu hanya perlu melihat kepada skrin di dalam kabin untuk melihat imej yang dipaparkan. Teknologi lampu dipertingkatkan dengan pengunaan laser dan LED. Sepertimana 328 Hommage, lampu hadapan juga ada motif ‘X’ padanya. Anehnya tidak banyak yang diperkatakan mengenai pacuan yang ada serta sumbernya. Hanya sekadar menyebut penggunaan sebuah unit 6-silinder; dan eBoost. Ini mungkin menyentuh tujahan tambahan daripada penggunaan motor elektrik.
(Klik untuk galeri penuh)
Topic Berkaitan
# CSL
# Hommage
#BMW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan