awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu langkah segera pastikan keselamatan susulan penyebaran varian baharu COVID-19 - Muhyiddin

Bernama
Bernama
01/01/2023
06:06 MYT
Perlu langkah segera pastikan keselamatan susulan penyebaran varian baharu COVID-19 - Muhyiddin
Bekas perdana menteri itu turut merakam harapan agar kerajaan dapat melaksanakan langkah bagi meringankan beban kehidupan rakyat. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan dapat mengambil langkah segera dalam memastikan rakyat selamat daripada jangkitan varian baharu COVID-19 pada tahun ini, susulan ia telah dikesan di beberapa negara.
Menerusi perutusan tahun baharu 2023 yang dikongsikan melalui akaun Facebook rasminya, bekas perdana menteri itu turut merakam harapan agar kerajaan dapat melaksanakan langkah bagi meringankan beban kehidupan rakyat, terutamanya dalam menghadapi suasana ekonomi yang dijangka lebih mencabar tahun ini.
"Lebih 60 peratus penduduk negara kita sebenarnya tergolong dalam kumpulan miskin dan berpendapatan rendah. Mereka memerlukan pembelaan segera daripada kerajaan," kata Presiden Bersatu itu.
Justeru, beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tumpuan kepada perkara penting itu menerusi langkah yang mesti diputuskan Majlis Kos Sara Hidup Kebangsaan dan dilaksanakan oleh setiap agensi kerajaan berkaitan.
"Marilah kita sama-sama berdoa semoga negara kita dilindungi daripada sebarang musibah dan kita semua dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang aman, selamat dan sejahtera," kata bekas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu.
Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan rakyat mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan berhubung cara untuk menghindari jangkitan COVID-19 termasuk keperluan mengambil suntikan dos penggalak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#varian baharu
#COVID-19
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan