awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu ubah polisi pelaburan jika ingin isi kelompongan luar bandar - SKMM

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
19/11/2020
01:56 MYT
Perlu ubah polisi pelaburan jika ingin isi kelompongan luar bandar - SKMM
Fadhlullah Suhaimi berkata dengan perubahan itu, ia akan mengambil masa 12 hingga 18 bulan bagi penambahbaikan dilakukan. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Polisi pelaburan industri telekomunikasi memerlukan perubahan bagi mengatasi masalah kelompongan luar bandar yang berdepan masalah capaian rangkaian internet.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, dengan perubahan itu, ia akan mengambil masa 12 hingga 18 bulan bagi penambahbaikan dilakukan.
“Sekarang ini kita memang ada kaedah yang mana setiap pembekal akan membayar cukai telekomunikasi, kita panggil ini sebagai Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) ataupun Universal Service Provision (USP) Fund.
“Jadi, apabila kita ada dana ini, dana inilah yang kita guna pakai untuk membantu syarikat telco melabur di kawasan yang tidak berapa komersial.
“Dengan cara ini, kita boleh pastikan kelompongan di pinggir bandar ataupun di luar bandar akan tertutup dengan pelaburan tersebut,” jelas Dr Fadhlullah.
Apabila ditanya mengenai jangka masa dalam mengisi kelompongan itu, beliau memberitahu ia mungkin memakan masa dari 12 hingga ke 18 bulan.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual menerusi program Agenda AWANI pada Rabu.
Tambahnya lagi, pelaburan industri telekomunikasi ini adalah satu pelaburan yang unik.
“Industri telekomunikasi memang sudah ada duit untuk melabur, tapi bila nak melabur itu lambat, jadinya apabila lambat, dia melabur ke tempat lain.
“Kalau kita tidak ubah polisi ini setiap negeri untuk menyenangkan pelaburan tersebut, yang akan merasakan kepincangannya adalah rakyat sendiri dan juga negeri sendiri kerana ekonomi masa depan akan bergantung kepada kesalinghubungan,” tambah beliau.
Topic Berkaitan
#SKMM
#Agenda Awani
#telekomunikasi
#MCMC
#syarikat telco
#Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek
#Polisi pelaburan
#industri telekomunikasi
#kelompongan luar bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan