KUALA LUMPUR: Seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bayaran pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM500 bermula hari ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan tersebut telah dikreditkan ke dalam akaun pemandu-pemandu yang terlibat.
Manakala, baki 15,000 individu daripada kumpulan itu akan menerima bantuan tersebut secara berperingkat selewat-lewatnya pada 15 Mac depan.
"Baki 75,000 penerima termasuk pemandu e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran akan mula menerima bantuan tersebut secara berperingkat mulai 26 Februari 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Justeru, kerajaan berharap agar bantuan ini akan membantu golongan tersebut sementara Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.
"PICK melambangkan titik permulaan bagi pemulihan sektor pelancongan dan sektor-sektor lain yang amat terkesan oleh pandemik COVID-19," ujarnya.
Untuk rekod, kira-kira 110,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan kenderaan e-hailing sepenuh masa layak menerima bantuan tunai tersebut, melibatkan jumlah keseluruhan RM55 juta.
Astro Awani
Mon Feb 22 2021

Seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bayaran pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM500 bermula hari ini. - Gambar Fail

Politik | ADUN Amanah keluar parti sertai PKR tidak serius
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyifatkan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu bertindak keluar parti dan menyertai PKR adalah tidak serius.

AWANI Ringkas: Tiada calon SPM positif COVID-19 di Kedah | MB Kedah disuntik vaksin COVID-19

Tiada rancangan nafikan hak mereka yang enggan ambil vaksin - Khairy
Tiada perancangan untuk menafikan hak mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di Masjid Putra di sini.
![AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892927/27199806741614523385256_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Nailah Huda Fokus #AWANI745: - Anwar Ibrahim terima serangan, tiga Adun AMANAH sertai PKR. - Lebih sejuta penduduk Malaysia hidap Penyakit Jarang Jumpa. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir... antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut.

Suntikan vaksin: Dakwaan 200 ahli SUK Kelantan cuba 'potong barisan' tidak benar
Dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba 'memotong barisan' untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin COVID-19 adalah fitnah.

AWANI Ringkas: PKR pecat Larry Sng, Steven Choong | 'Saya keluar parti demi rakyat' - Larry Sng

ECK mempunyai dana bangunkan projek KXP - Muhammad Sanusi
ECK juga berjaya membuktikan bahawa ia memiliki dana masing-masing sebanyak RM1.5 bilion bagi fasa pertama dan RM5 bilion bagi fasa kedua projek berkenaan.

Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin berkonsep hibrid
Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin esok akan mengetengahkan konsep hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan maya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PERMAI: 20,000 pemandu teksi, kereta sewa terima bantuan RM500 bermula hari ini - Tengku Zafrul
20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bayaran pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM500 bermula hari ini.

Belanjawan Singapura 2021: Ini apa anda perlu tahu
Belanjawan Singapura 2021 memfokuskan kepada peralihan dari pengekangan ke penyusunan semula.

COVID-19: Perubahan sekatan perjalanan di UK
Mana-mana individu yang tiba di England dan didapati berbohong mengenai lawatan ke negara dalam senarai larangan perjalanan kerajaan Britain akan berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun.

Laporan UNICEF, UNFPA: 'Lindungi kehidupan warga miskin KL' - Nik Nazmi
Dapatan kajian berhubung kadar pengangguran dalam kalangan ketua isi rumah meningkat dua kali ganda dan satu dari tiga orang dewasa dalam isi rumah masih menganggur menunjukkan kegagalan kerajaan PN.

'Adakan pakej ransangan khas untuk PKS'
Datuk Abdul Malik Abdullah berpendapat, bantuan yang ada sekarang tidak memadai kerana ia bukan secara bersasar.

COVID-19: Dewan Perwakilan AS lulus pelan rangsangan pandemik
Undian menyusul beberapa jam selepas ahli perwakilan Demokrat menyuarakan keputusan mereka merancang bantuan COVID-19 tanpa sokongan Republikan.

Bayaran rayuan GKP 2.0 berjumlah RM155 juta kepada 52,000 PKS mikro pada Jumaat
Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari.

Inisiatif pelupusan pinjaman: Peminjam pelajaran Yayasan Selangor diminta semak status masing-masing
Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor tersebut akan memberi manfaat kepada 762 peminjam dengan implikasi kewangan berjumlah RM7.17 juta.

Ringkasan Pakej Kita Selangor
Pakej Kita Selangor memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.