awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Agong berkenan ziarah Makam Diraja Bukit Chandan di Kuala Kangsar

Bernama
Bernama
03/04/2025
09:16 MYT
Permaisuri Agong berkenan ziarah Makam Diraja Bukit Chandan di Kuala Kangsar
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Perak. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
IPOH: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Perak.
Menurut catatan Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan Seri Paduka Baginda ke makam diraja itu adalah bagi menziarahi pusara ayahanda Almarhum Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah dan bonda Almarhumah Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah serta Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah.
Berangkat sama mengiringi Raja Zarith Sofiah ialah Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah.
Turut berangkat Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan
#Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan