awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Johor kurnia elaun kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor

Bernama
Bernama
11/10/2020
11:44 MYT
Permaisuri Johor kurnia elaun kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor
Raja Zarith Sofiah mempengerusikan mesyuarat Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Ahad. - Gambar Facebook THE ROYAL JOHOR
JOHOR BAHRU:Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan elaun bulanan baginda kepada dana pentadbiran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).
Pengurniaan elaun itu diumumkan melalui hantaran dalam Facebook rasmi The Royal Johor selepas baginda mempengerusikan mesyuarat YRZSNJ di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa baginda sedar negara sedang berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan ramai pihak turut terkesan, lebih-lebih lagi disebabkan penularan pandemik COVID-19.
"Oleh demikian, saya membuat keputusan untuk mengurniakan elaun bulanan saya kepada dana pentadbiran pejabat Yayasan, yang turut terdapat ramai kakitangan yang sedang berkhidmat," titah baginda.
Terdahulu, turut hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YRZSNJ, Datuk Azmi Rohani; Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim; Bendahari Kehormat YRZSNJ, Mohammad Nazrul Abd Rahim dan Setiausaha syarikat, Lilian Low.
YRZSNJ ditubuhkan pada tahun 2012, bukan sahaja membantu rakyat memerlukan, malah memberi dana untuk pembiayaian pendidikan, bantuan bencana serta sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat penularan COVID-19.
Menyentuh mengenai mesyuarat, baginda bertitah, usaha untuk membantu anak-anak pesakit kanser daripada golongan B40 dengan kerjasama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor turut dibincangkan.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai pembiayaan pengajian peringkat diploma bagi kursus seni ukiran kayu, dengan bakat anak-anak muda negeri Johor boleh dimanfaatkan menjadi tenaga kerja bertauliah di The Johor Collection, sekali gus menjadi sumber pendapatan mereka pada masa akan datang. - BERNAMA
Sumber Facebook TheRoyalJohor
Topic Berkaitan
#Raja Zarith Sofiah
#Permaisuri Johor
#kurnia elaun
#Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor
#dana pentadbiran pejabat Yayasan
#Istana Bukit Serene
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan