Pusat Anak Permata Negara (Permata) atau isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernah memohon untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata, program Permata sendiri telah memberi kesan positif kepada puluhan ribu anak muda.
"Untuk mengelakkan sebarang gangguan lagi daripada kerja yang penting untuk anak-anak Malaysia, Permata dan Datin Sri Rosmah telah menolak anugerah tertunda yang dicadangkan.
"Pejabat Perdana Menteri juga kesal percubaan mempolitikkan program Permata yang hanya bertujuan untuk kehidupan lebih baik untuk kanak-kanak.
"Kami juga kesal kerana mereka yang memilih untuk mengurniakan anugerah itu turut menerima sindiran kerana hanya memberi tumpuan kepada kempen terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad berkata, Rosmah dipilih untuk menerima anugerah itu atas usaha dan sumbangan Datin Seri Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.
Bagaimanapun, UNESCO pada saat akhir membatalkan anugerah yang dirancang diberikan selain tidak menyatakan sebab-sebab penarikan anugerah itu.
Pihak UNESCO juga tidak memberikan butiran lanjut tentang pembatalan pemberian anugerah itu.
Dalam pada itu kata Tengku Sharifuddin, Permata atau Datin Seri Rosmah tidak terganggu dengan usaha pihak tertentu yang cuba memburuk-burukkan situasi untuk melemahkan usaha membina Malaysia yang lebih baik.
"Kami boleh mengesahkan bahawa Permata sepenuhnya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan telus dimasukkan di dalam Belanjawan Kerajaan tahunan dan diluluskan oleh Parlimen," jelasnya.
Astro Awani
Tue Sep 20 2016
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata, program Permata sendiri telah memberi kesan positif kepada puluhan ribu anak muda. - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Program Permata dijenama semula, kini digelar 'Genius' -Maszlee
Program Permata Negara (Permata) akan dijenamakan semula dengan menggunakan nama Genius bagi menjadikan program berkenaan lebih berdaya saing.
Misi awal Wan Azizah sebagai TPM
Apa yang menjadi intipati utama dalam sidang media pertama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Rosmah tegaskan tidak akan letak jawatan sebagai penaung Permata
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai penaung program Permata walaupun ada desakan daripada parti pembangkang.
Permata tidak boleh dipisahkan daripada JPM - Rizal
Permata tidak boleh dipisahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kebanyakan programnya dicipta untuk mengisi jurang percanggahan antara beberapa undang-undang termasuk Akta Pendidikan.
Taska Permata Puspanita perlu diperluas di peringkat daerah - Rosmah
Penubuhan Taska Permata Puspanita perlu diperluaskan di seluruh cawangan kecil termasuk di setiap daerah, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Kedutaan Besar Malaysia di Turki sahkan Rosmah hadiri Anugerah 3G
Kedutaan Besar Malaysia di Turki sahkan Rosmah memenuhi jemputan oleh Cambridge IF Analytica sempena Global Good Governance (3G) Awards 2016.
Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G bakar semangat Permata gerak lebih maju
Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G menjadi pembakar semangat kepada semua agensi dan individu yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Permata beri sinar kebahagiaan
Aktiviti amal untuk membantu mereka yang memerlukan perlu dilakukan secara berterusan agar nasib golongan berkenaan terus terbela.
Kerajaan Kedah perlu beri penjelasan kerugian GLC
Kerajaan Kedah perlu memberi penjelasan mengenai kerugian dialami syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri seperti dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara