ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Julai 2026.
PRN Negeri Sembilan: 103 calon sah bertanding rebut 36 kerusi DUN - SPR
Seramai 103 calon disahkan bertanding bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 selepas proses penamaan calon ditutup tepat jam 10 pagi, pada Sabtu.
Isu Network School: Lesen boleh dibatalkan jika langgar peraturan - Tunku Mahkota Ismail
Lesen atau permit operasi syarikat berkaitan Network School di Forest City berdepan risiko dibatalkan sekiranya didapati melanggar undang-undang, syarat lesen atau peraturan ditetapkan.
Baru dua hari, Larian Kesyukuran Syed Saddiq sudah kutip lebih RM361,000
Larian Kesyukuran yang digerakkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengatasi sasaran kutipan sumbangan apabila mengumpul sebanyak RM361,848 dalam tempoh dua hari.
PRN Negeri Sembilan: Calon Menteri Besar BN diputuskan selepas pilihan raya
Barisan Nasional (BN) belum memutuskan calon Menteri Besar Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kata Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
PRN Negeri Sembilan: Aminuddin akui laluan di Linggi tidak mudah, tekad dekati pengundi
Persiapan jentera serta perancangan kempen telah digerakkan dan kini tumpuan akan diberikan kepada usaha mendekati pengundi serta membawa isu yang dekat dengan rakyat.
SPRM siasat kerugian pelaburan RM200 juta KWAP dalam eFishery
Pasukan siasatan dari Ibu Pejabat SPRM telah dibentuk semalam bagi mengkaji dan meneliti perkara itu secara menyeluruh.
Polis tahan enam individu disyaki menculik, tuntut wang tebusan RM7 juta
Operasi itu dilancarkan selepas pihaknya menerima laporan isteri mangsa yang berusia 46 tahun pada 1.30 pagi semalam.
- Medan Selera 223 dilanda banjir kilat sekali lagi
Medan Selera 223 di Seksyen 51A, Petaling Jaya, dilanda banjir kilat petang ini susulan hujan lebat, menjadikannya kejadian ketiga yang berlaku di premis berkenaan dalam tempoh kurang tiga bulan.
- Tamim Dahri serah diri di IPD Port Dickson
Polis mengesahkan aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak yang didakwa melarikan diri ke luar negara berhubung kes ugutan menerusi Facebook akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Port Dickson pada Sabtu.
- PM Anwar ajak rakyat kongsi pandangan melalui avatar AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat khususnya golongan muda berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi secara langsung menerusi avatar beliau bagi memastikan pembangunan negara terus berteraskan suara serta kehendak rakyat.